Kenali Siapa ‘Panjang’, Suspek Insiden Mengamuk Di Melbourne Mengalami Jiwa Kacau Atau IS?

Lelaki Mengamuk Di Restoran Little Ipoh Melbourne Ditahan

Lelaki Mengamuk Di Restoran Little Ipoh Melbourne Ditahan

KUALA LUMPUR: Menerusi semakan Facebook individu yang terlibat dalam insiden Melbourne, ia seolah-olah menunjukkan beliau sedang mengalami tekanan jiwa yang serius.Menurut sumber yang memberitahu Astro AWANI tentang akaun Facebook beliau, status yang ditulis sejak 21 Oktober menampilkan sisi yang berbeza.

Apa yang ketara, dia sering mengemaskini Facebooknya pada 25, 26 dan 27 Oktober dengan kata-kata rawak.

Status terakhir dimuat naik pada jam 11.35 pagi Selasa iaitu hari yang sama dengan insiden yang berlaku di pusat wilayah bisnes di Melbourne.

“Esok kerajaan bagi aku rumah,” ujarnya di Facebook.

Pelaku Insiden Melbourne

Dia turut menyebut tentang penggunaan dadah.

Pelaku Insiden Melbourne

Pelaku Insiden Melbourne

Dia turut berkongsi tentang mahu menukar nama kepada Miriam.

Pelaku Insiden Melbourne

Selain itu, dia juga menyentuh tentang agama.

Pelaku insiden Melbourne

Pelaku insiden Melbourne

Sementara itu, seorang wanita yang dikatakan mewakili pihak keluarga memohon maaf atas status yang dibuat naik oleh ‘Panjang’ di Facebook.

Wanita itu berkata saudaranya itu kini ditahan di sebuah hospital dan dibawah jagaan ketat pihak berkuasa Australia.

“Saya memohon kepada semua disini mendoakan keselamatan kepada beliau serta ketabahan kesabaran dan ketenteraman kepada keluarga beliau terutama ibunya yang akan berlepas ke sana tidak lama lagi,” katanya.

Berikut merupakan kenyataan penuh yang dikongsi di Facebook Astro AWANI:

Pelaku Insiden Melbourne

Kekecohan tercetus di pusat wilayah bisnes di Melbourne petang Selasa apabila pelaku bersenjatakan pisau pemotong daging secara tiba-tiba menawan sebuah restoran masakan Malaysia.

Lelaki yang dipercayai berusia 20-an itu telah menyebabkan pasukan polis bergegas ke lokasi dan mengosongkan premis tersebut.

Insiden tersebut berlangsung selama lebih kurang tiga jam sebelum pihak polis akhirnya dapat memujuk lelaki itu untuk menyerah diri.

Tags: #Berita terkini malaysia #melayu mengamuk di Melbourne #suspek insiden Mengamuk di Melbourne #terkini 24 jam berita

Comments are closed.

Author: 
    author