Kenapa Ceramah Dr. Zakir Naik Di UTEM Kontroversi? & Biodata Dr. Zakir Naik Terkini

Dr zakir Naik Abdul Karim ulama perbandingan ugama dunia minggu ini menjadi Viral di media massa dan sosial. Kehebatan beliau melalui hujah-hujah dan dalil dari Al-Quran dan juga Hadis dari RAsulullah telah banyak menarik pendengar yang bukan Islam tertarik kepada Islam. itulah kehebatan Dr zakir Naik yang telah dianugerahklan Tokah Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia 2013/1435H kerana usaha beliau dalam dakwah Islam dunia.


Sesi ceramahnya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) yang asalnya 'Similarities Between Hinduism and Islam' di tukar kepada 'Women's Rights In Islam' . Tajuk asal program Dr. Zakir Naik dijadual berlangsung di kampus Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) telah ditentang oleh tokoh politik DAP dan MIC.

Berikut sari berita AWANI :

Ramasamy kesal menggelarkan Dr Zakir Naik 'syaitan'

Syarahan Dr Zakir naik di UTeM diteruskan dengan tajuk baharu

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik menukar tajuk ceramahnya kepada yang lebih sesuai dan harmoni.

Jamil Khir berkata penukaran itu bagi mengelakkan tercetusnya polemik dan timbulnya kegelisahan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Beliau bagaimanapun menyifatkan ceramah Dr Zakir itu yang diadakan di beberapa lokasi di negara ini tiada unsur menghina agama lain.

Ceramah itu tidak juga 'mempromosi' perpecahan dan perbalahan, malah ia sering dihadiri oleh tokoh daripada kalangan bukan lslam, kata beliau.

"Dalam konteks "Jelajah Dr Zakir Naik di Malaysia", pendakwah itu menekankan aspek perpaduan dan kesatuan dalam kalangan umat Islam.

Pada masa yang sama beliau mengingatkan perlunya menghormati kepelbagaian agama yang ada di Malaysia, kata Jamil Khir dalam satu kenyataan semalam.

"Meskipun ceramah beliau ada menyebut agama lain namun ia bukan bertujuan mengaibkan sesuatu agama itu.

"Malah ia merupakan perbincangan dan perdebatan ilmiah yang dilaksanakan dengan penuh hikmah dan ketertiban," kata beliau.

Jamil Khir turut menyifatkan Dr Zakir seorang pendakwah yang terkenal dan mendapat tempat di seluruh dunia.

Malaysia pernah mengiktiraf pendakwah itu sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2013 berdasarkan ketokohan dan keilmuannya, kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) Prof Madya Dr Azman Hassan menyokong kehadiran Dr Zakir ke Malaysia, dan menyifatkan dakwaan kononnya penganjuran ceramah Dr Zakir akan menggugat ketenteraman awam atau sensitiviti agama adalah tidak berasas.

"Ceramah yang disampaikan oleh Dr Zakir ini bukanlah kali pertama dianjurkan di Malaysia bahkan konsep perbincangan dalam ceramah itu adalah berasaskan fakta dan hujah dan bukannya emosi tanpa asas," katanya.

Beliau menyeru pihak berkenaan atau individu yang tidak bersetuju dengan ceramah itu sama ada dalam kalangan orang Islam atau tidak, untuk hadir mendengar sendiri hujah yang akan dibentangkan dan menyatakan sendiri di hadapan Dr Zakir segala hujah dan sebab untuk tidak bersetuju dengan pendakwah itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengarahkan pembatalan forum Dr Zakir bertajuk 'Similarities Between Hinduism and Islam' di Melaka agar tidak menjejas ketenteraman awam dan sensitiviti agama.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan membenarkan Dr Zakir meneruskan ceramahnya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) pada Ahad ini, namun perlu menukar tajuk syarahannya. >>> SUMBER BERITA AWANI

BIODATA DR. ZAKIR NAIK ULAMA PERBANDINGAN UGAMA DUNIA

Biodata Dr Zakir Naik

Biodata Dr Zakir Naik

SIAPA yang tidak kenal Dr. Zakir Naik? Seorang ulama India, penulis dan perbandingan agama yang kerap menyampaikan dakwah melalui medium debat dan ceramah di seluruh dunia.

Disarikan dari wikipedia, nama lengkapnya adalah Zakir Abdul Karim lahir pada 18 Oktober, 1965 Mumbai (Bombay pada waktu itu). Secara profesion, beliau adalah seorang doktor, memperolehi Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Maharashtra, tapi sejak 1991 ia telah menjadi seorang ulama yang terlibat dalam dakwah Islam dan perbandingan agama.

Ia menyatakan bahwa tujuannya ialah membangkitkan kembali dasar-dasar penting Islam yang kebanyakan remaja Muslim tidak menyadarinya atau sedikit memahaminya dalam konteks modern.

Zakir Naik adalah pengasas dan presiden Islamic Research Foundation (IRF) sebuah organisasi bebas yang memiliki dan menyiarkan jaringan saluran TV gratis, Peace TV dari Mumbai, India.

Jika kita melihat tayangan video di Youtube, debat dan cermah Dr. Naik seringkali dihadiri oleh ribuan jamaah. tidak hanya hanya orang Islam saja juga oleh Kristian, Hindu, Budha, bahkan ateisme yang kerap kali menjadi jamaah dan mengambil kesampatan pada sesi soal-jawab.

Ketika diberi pertanyaan yang tak jarang menentang Islam, ia selalu mengawali idea dan jawapannya dengan memuji pertanyaan yang dilontarkan penanya, lalu menjawab dengan sistematik, Dr. Zakir Naik menjawab pertanyaan tersebut dari dasar kemudian dengan pengandaian-pengandaian yang dengan mudah ditangkap oleh akal sehat manusia, serta tak lupa ia sertai dengan dalil-dalil yang lebih meyakinkan para penanya.

Tags: #BIODATA DR. ZAKIR NAIK ULAMA PERBANDINGAN UGAMA DUNIA #ceramah Dr Zakir Naik #Dr. Zakir Naik Tokoh Maal Hijrah #Jelajah Dr Zakir Naik di Malaysia #Ulama Ikatan Muslimin Malaysia