Keputusan Terkini Liga Perdana 22 April 2016 – Melaka United Ke Tahta Liga

Melaka United meleburkan rekod tanpa kalah Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat dengan kemenangan 2 -1. Pasukan bimbingan Mat Zan Mat Aris ini kini menghimpun 21 mata daripada sembilan perlawanan, kelebihan tiga mata berbanding Kuala Lumpur yang berada di tempat kedua.

Liga perdana Melaka United v Kuala Lumpur

Dalam aksi di Stadium Hang Jebat itu, Melaka United bagaimanapun ketinggalan 1-0 seawal minit pertama di belakang Kuala Lumpur, menerusi ledakan pemain import, Anselmo Arruda Da Silva. Tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi jaringan kapten pasukan, Ilja Spasojevic pada minit ke-28 menerusi tandukan kencang hasil umpanan Jasmir Mehat buat menewaskan Badrul Zaman Abd Halim.

Jasmir kemudian mengambil giliran untuk mendahului pelawat tiga minit selepas itu. Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga wisel penamat bagi membolehkan pelawat meraih mata penuh.

keputusan penuh perlawanan liga perdana

keputusan penuh perlawanan liga perdana

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan FA membenam Sime Darby, 4-2 untuk terus membaiki kedudukan dalam saingan liga musim ini. Jaringan tuan rumah diperoleh menerusi Abdul Malik Mat Arif pada minit pertama, sebelum disamakan pelawat pada minit ke-12 melalui Meteo Roskam. Bagaimanapun skuad The Seagulls hanya mengambil masa seminit untuk kembali di depan menerusi Mohd Fiqri Abdullah bagi kedudukan 2-1. Abdul Malik kemudian tampil lagi sekali untuk melebarkan kedudukan Kuantan FA, 3-1 pada minit ke-68, sebelum Frederic Pooda merapatkan kedudukan enam minit selepas itu untuk kedudukan 3-2. Srdjan Vidakovic melengkapkan malam gemilang tuan rumah selepas itu bagi keputusan muktamad, 4-2.

Carta Liga Perdana Setelah 9 Perlawanan

Carta Liga Perdana Setelah 9 Perlawanan

[google_news region="my" query="liga perdana"]

Tags: #Carta Liga Perdana Setelah 9 Perlawanan #keputusan terkini liga perdana #Melaka benam KL #Melaka United