Kerja Kosong Terkini Majlis Bendaraya Ipoh Tarikh Tutup 03 Disember 2015

1631 views
#KerjaKosongterkini Majlis Bandaraya ipoh.  Majlis Bendaraya Ipoh atau MBI. Majlis Bendaraya Ipoh iaitu selaku Pihak Berkuasa Tempatan merupakan sebuah Pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir kawasan Bandar raya Ipoh berasaskan kepentingan tempatan, begitu juga sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), MBI diberi tanggungjawab secara langsung oleh Undang-undang untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar perancangan pembangunan berasaskan lokaliti setempat bersesuaian dengan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
Kini, kawasan sempadan Majlis meliputi kawasan seluas 643 km persegi dengan bilangan penduduk berjumlah lebih 720,000 orang. Sebagai ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh berperanan sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kewangan, politik, keagamaan dan juga pendidikan. Kini di bawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus menerus berusaha untuk menjadikan bandaraya ini sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan unggul.

VISI

"Ipoh Bandar Raya Mampan, Dinamik dan Cemerlang Menjelang Tahun 2020"

MISI

"Menerajui Urus Tadbir Bandar Secara Strategik Dan Inovatif Ke Arah Bandar Raya Yang Kondusif dan Mampan Untuk Kesejahteraan Warga Kota"
Kini Majlis Bendaraya Ipoh membuka kerjaya terkini seperti berikut ini :-

JAWATAN KOSONG TERKINI MAJLiS BANDARAYA IPOH TARIKH TUTUP 03 DISEMBER 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut:-

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

GRED N27 :RM1,362.00 – RM5,092.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,362.00;
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,362.00;
  • diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada  institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,662.00.00)
  • diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,737.00)
3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON

  1. MUAT TURUN SYARAT KELAKAN
  2. PERMOHONAN ONLINE

Demikianlah Iklan jawatan kosong Terkini Sektor Kerajaan semoga berfaedah.amen

Jawatan kosong Terkini November Disember 2015
Kerja Kosong Online

Tags: #Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 #jawatan kosong di Majlis Bendaraya Ipoh #jawatan kosong terkini #kerja kosong majlis perbandaran terkini #MAJLIS #Majlis Bendaraya Ipoh kerja kosong terkini