Kes Kereta Terbakar Di LRT Taman Jaya Lelaki 27 Tahun Direman

3065 views
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 27 tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian enam kereta musnah dalam kebakaran berhampiran stesen LRT Taman Jaya, pada Isnin.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya mendapatkan perintah reman itu pada pagi Selasa bagi membuat siasatan.

Menurutnya, insiden itu dipercayai berpunca akibat perbuatan khianat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian terbabit boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, dilaporkan seorang lelaki bertindak membaling bom petrol ke arah kereta dinaiki bekas isterinya bersama teman lelaki sehingga mengakibatkan enam kenderaan terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu.

Bagaimanapun, wanita terbabit dan temannya berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari kereta yang sedang terbakar itu.

Suspek ditahan polis pada pukul 11 malam isnin di sekitar lokasi kejadian.

Polis turut merampas motosikal jenis yamaha ego yang dinaiki lelaki itu.

BACA: Media sosial kecam penyebar berita palsu letupan bom di LRT Taman Jaya

BACA: Masalah rumah tangga disyaki punca kebakaran enam kereta di Taman Jaya - Polis


Terkini - Astro Awani

Tags: #Kes Kereta Terbakar di LRT Taman Jaya #membaling bom petrol #stesen LRT Taman Jaya