Kes Pertama Jangkitan Virus Zika Di Singapura

1809 views
Dengan penularan pelbagai penyakit melalui nyamuk kini telah menjadi satu wabak yang perlu kita semua atasi. Seperti di Malaysia kita masih lagi bergelut untuk mengawal wabak denggi dari merebak dengan serius. Kementerian Kesihatan dangan kerjasama pelbagai pihak berjaya mengawal penularan denggi dan Virus Zika khususnya di Malaysia.
Virus Zika

Tetapi lainnya di SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 48 tahun disahkan dijangkiti virus Zika di Singapura.Ia menjadikan Singapura sebagai negara kedua di rantau Asia Tenggara dilaporkan terlibat dengan kes itu. Kementerian Kesihatan dan Agensi Persekitaran Kebangsaan Singapura mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan.

Lelaki itu adalah penduduk tetap Singapura dan pernah mengembara ke Sao Paulo, Brazil dari 27 Mac hingga 7 Mei lalu.Dia dikatakan mengalami demam dan ruam sejak Selasa dan dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth Novena serta dikuarantin.Hasil ujian yang dijalankan mendapati dia positif Zika.

Pesakit berkenaan akan dipindahkan ke pusat penyakit berjangkit di Hospital Tan Tock Seng untuk rawatan dan pengasingan.Perlu kita tahu apakah itu Virus Zika yang kini menjadi perhatian dunia dan mula diperkatakan di media sosial.

Sumber Berita Awani

fakta tentang virus zika

Apa itu Virus Zika?
Virus Zika pertama kali ditemukan pada darah seekor monyet di Uganda tahun 1947. Nama tersebut diambil dari hutan Zika tempat virus itu pertama kali ditemukan. Virus Zika tidak mematikan dan memiliki gejala serupa dengan jenis demam lainnya seperti demam kuning atau demam denggi berdarah. Virus ini pertamakali tercatat mengjangkiti manusia pada tahun 1968 di Nigeria.

Bagaimana Penyebarannya Gejala Zika?
Penyakit ini disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti, yang juga bertanggungjawab atas berbagai jenis wabak penyakit iklim tropika seperti demam berdarah atau demam kuning. Sejauh ini ilmuwan belum mengetahui apakah virus Zika boleh merebak antara manusia. Tapi dunia perubatan pernah mencatat laporan penularan virus Zika melalui hubungan seksual oleh pasangan di Tahiti.

Seperti apa Gejalanya?
Ilmuwan mencatat, pesakit yang terinfeksi virus Zika tidak terus menjadi sakit. Sementara mereka yang terjangkit penyakit Zika cuma mengalami gejala ringan seperti demam, mata merah dan kejang otot. Penyakit Zika biasanya hilang dalam waktu seminggu. Sejauh ini dunia perubatan belum mampu mencipta vaksin yang boleh mencegah infeksi virus Zika. WHO juga mencatat wabak Zika boleh muncul setiap saat.

Bagaimana Pencegahannya?
Mencegah virus Zika cuma boleh dilakukan dengan membasmi nyamuk Aedes Aegypti yang juga menyebabkan demam denggi berdarah. Selain metode pengasapan, pembiakan nyamuk boleh dicegah dengan menutup tempat penampungan air dan mengurus longkang air secara rutin. Selain itu masyarakat dianjurkan menimbun lubang sampah dan lubang pohon yang berpotensi sebagai tempat pembiakan jentik nyamuk.

 

 

Tags: #bahaya virus zika #ciri virus zika #Kes Pertama Jangkitan Virus Zika Di Singapura #makalah virus zika #Mencegah virus Zika #nyamuk Aedes Aegypti #pencegahan virus zika #pengertian virus zika #pengobatan virus zika #penularan virus zika #virus zika artinya