Ketahui Masalah Kerosakkan Kerap Berlaku Kepada Perodua Myvi – Tips Membeli Kereta

kereta-myvi

Perodua Myvi termasuk dalam model kereta hatchback supermini buatan pengilang Perodua sejak tahun 2005. Myvi yang berasaskan Daihatsu Sirion/Boon generasi kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dengan Toyota dan Daihatsu Japan. Myvi merupakan kereta yang terlaris selama lima tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2015 di Malaysia. Banyak ciri cirinya yang menjadi pilihan utama yang selalu diperkata ialah jimat minyak dan tiada kerenah yang kronik untuk injin dan part part lain.Myvi menguasai pasaran dan pengeluaran kekal hingga sekarang yang mana pelbagai variasi dikeluarkan dengan pelbagai penambah baikan bagi menyaingan kereta tempatan atau import yang lain

 

Myvi mempunyai 3 jenis model yg berbeza mengikut tahun keluaran nya. Myvi D73A, D96T & D54T. Mari kita tinjau apakah masalah kerosakan yang sering berlaku pada Perodua Myvi tanpa mengira apa-apa model.

[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=nrqAd4EeJrM[/embedyt]

Bagi myvi D73A & D96T, antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pengguna dan pembeli dan sering bertanya di ruangan siber adalah:

1.Tingkap begegar jika buka separuh, tingkap naik tidak rata, tingkap tidak boleh naik keatas atau turun - Perodua Myvi

Ini adalah disebabkan oleh window regulator anda longgar atau sudah rosak. Ia juga disebabkan motor window regulator yang tidak dapat berfungsi dengan baik. run door glass dan weather strip window juga bole menyebabkan cermin myvi anda begegar.

2.Bunyi pada bahagian tayar hadapan Perodua Myvi

Bunyi ini kedengaran disebabkan support absorber anda rosak. Ia perlu ditukar untuk menghilangkan bunyi ini.

3.Bunyi Caliper pada brake Perodua Myvi

Bagi bunyi caliper pula, ia berbunyi seperti "duk-duk" apabila anda melalui jalan yang tidak rata. Anda bolehlah menukar pin caliper brake anda atau meletakkan silicon grease pada caliper anda untuk mehilangkan bunyi tersebut.

4.Air con tidak sejuk pada Perodua Myvi semua model

Untuk air con pula, ia tidak sejuk kerana air con compressor anda telah rosak. anda perlu menukarnya. Ia juga boleh disebabkan cooling coil anda rosak dan gas air con anda telah habis disebabkan kebocoran pada hose-hose air con anda. dinasihatkan anda service air cond kereta anda setahun sekali.

Disenaraikan harga alat ganti untuk kompenen Air con Perodua Myvi untuk anda membuat budget mudah sebelum berjumpa mekanik. Harga adalah berdasarkan harga servis dan repair dari tahun 2014 hingga pertengahan tahun 2015. Harga tersebut mungkin akan meningkat 5% ke 10% mengikut tahun yang akan datang.

1.compressor original Rm400.00 - Rm 600.00
2.cooling coil Rm 200.00-Rm400.00
3.Condensor Rm 300.00-Rm 400.00
4.valve Rm180.00-Rm280.00
5.flushing pipe Rm100.00-Rm150.00
6.gas r134a Rm80.00-Rm90.00

5.Engine jerking apabila masuk gear Drive atau Reverse - Perodua Myvi

Ini sering berlaku pada kereta Auto. kadang2 ia akan jerking pada waktu pagi sahaja iaitu pada ketika enjin kereta anda sejuk. ini adalah normal. tetapi jika enjin kereta anda masih lagi jerking walaupun sudah lama anda memandu, ini adalah disebabkan gearbox kereta anda telah rosak. Anda perlu membaiki gearbox  Perodua Myvi kereta anda.

6.Clutch Plate berbau hangit (kereta Myvi jenis manual) - Perodua Myvi

Bagi clutch plate yang bebau hangit, ianya hanya berlaku pada gear box manual sahaja. Anda hanya perlu menukar clutch plate anda. Dimana clutch plate ini tiada warranty. Kos penukarannya adalah sekitar RM700 termasuk labour. Ianya berlaku adalah disebabkan beberapa faktor:
a)Cara pemanduan semasa menukar gear yang tidak sesuai juga merupakan faktor.
b)gearbox oil yang sudah lama tidak ditukar
c)gear box telah digunakan lebih dari 5 tahun

7.Bluetooth di radio tidak boleh digunakan - Perodua Myvi

Untuk masalah ini disebabkan oleh beberapa sebab:
a)Model telifon bimbit android atau smartphone tidak boleh digunakan di Bluetooth kereta myvi anda. (radio tidak update lagi masa pengeluaran)
b)radio kereta myvi anda telah rosak dan anda hanya perlu menukar radio baru atau baikinya di pusat service perodua. Jika masih ada warranty, ianya adalah percuma.

8.Tempat duduk pemandu (seat) bergerak sedikit apabila anda menekan brake (sliding) - Perodua Myvi

Seat anda begerak disebabkan sliding panel or roller seat anda telah rosak. Jika kereta anda masih ada warranty, anda boleh menukar 1 seat yang baru yng bernilai R<1.6k-RM2k.

Ini adalah antara masalah yg sering di hadapi oleh pengguna dan pembeli kereta myvi.(jika tidak tersenarai, anda boleh bertanya diruangan komen di bawah)

Sudah-sudahlah ‘Seksa’ Kereta Sendiri

Nilai kereta mungkin mencecah RM40,000 hingga RM200,000, bergantung kepada jenis kereta yang anda beli. Bayaran ansurannya boleh mencecah 9 tahun. Jika dikira dengan betul, anda sebenarnya membayar terlalu banyak wang pada kereta, dan beberapa servis penting yang wajib anda lakukan dalam tempoh tertentu.

Oleh itu, usah bebankan lagi kewangan anda dengan kerosakan kereta yang sebenarnya anda boleh elakkan. Betul, orang lain cakap “malang tidak berbau.” Tetapi sebenarnya banyak masalah pada kereta, “malang itu boleh dihidu dan berbau sebelum ia terjadi”!

Elakkan kerosakan kereta dan jangan sampai anda terduduk di kemudian hari kerana perlu bayar ratusan malah ribuan ringgit – jangan sampai kereta pun tergadai kelak!

Saya Cuma mahu anda membuat pilihan yang bijak.

Dapatkan ebook ‘Mudahnya Menjaga Kereta’ hari ini juga.

 

RM27 Sahaja Untuk Selamatkan Kereta Anda Hari Ini Juga

 

Incoming search terms:

  • masalah kereta myvi
  • masalah radio myvi
  • masalah myvi
  • masalah perodua myvi
  • masalah sering berlaku pada myvi
  • masalah myvi auto
  • Kelemahan myvi
  • kekurangan myvi
  • keburukan myvi 1 5
  • myvi masalah

Tags: #Bluetooth kereta myvi #discount harga myvi 1.3 auto #gear auto lambat masuk #gearbox Perodua Myvi kereta #harga gearbox myvi #harga myvi 1.3 auto #kereta tak boleh masuk gear #masalah kereta myvi #masalah myvi 1.3 auto #masalah myvi 2016 #minyak gearbox myvi auto #model kereta hatchback supermini buatan pengilang Perodua #mounting gearbox myvi #tanda tanda absorber rosak #tanda tanda alternator rosak #tanda tanda drive shaft rosak #tanda tanda gearbox manual rosak #tanda tanda starter kereta rosak #Tips Membeli Kereta

  1. author

    Nizam10 months ago

    Button radio tidak berfungsi
    Myvi 1.3 2006
    Ada cara DIY tak?

  2. author

    Che Rizal9 months ago

    En. nizam boleh cuba cari di youtube banyak perkongsian di situ

  3. author

    angah8 months ago

    Salam…saya ada satu masalah berkenaan myvi…myvi saya ada masalah senget sebelah absober,spring smua dah tukar tp masih ada masalah yg sama….senget belakang kiri…..harap sesiapa boleh selesaikan masalah saya…terima kasih..

Author: 
    author