Kutipan Filem Munafik Cecah RM 4.3 Juta Selepas Seminggu – Hebat Sangat Ke?

 munafik box office malaysia


munafik box office malaysia

Shamsul Yusof  tidak percaya bahawa filem tersebut akan menjadi satu fenomena selepas lama tidak muncul dengan karya baharu. Filem Munafik yang bergenre seram dikatakan lebih seram dan mengejutkan dari filem terdahulu beliau yang bergenre yang sama dalam filem Khurafat.

"Munafik" menampilkan lebih kejutan dalam jalan cerita malah lebih berunsur keislaman dalam penceritaannya.

Setakat semalam, sambutan yang diberikan terhadap filem ini sangat luar biasa. Insya-Allah, dicampur dengan kutipan dilakukan malam ini, Munafik mampu memungut RM4.3 juta dalam masa tujuh hari di pawagam.

Maklumlah, saya ingatkan peminat sudah melupakan saya. Apa pun, sokongan ini seperti mengingatkan diri saya, kualiti sesuatu karya yang dihasilkan itu perlu dijaga sampai bila-bila.

munafik box office malaysia

Munafik mendapat ulasan yang agak baik daripada penonton juga pengkritik filem. Buat mereka filem ini penuh dengan kejutan dan menyelitkan unsur Islamik dengan mesej yang baik buat masyarakat.

Filem tersebut mula ditayangkan di 112 pawagam di seluruh negara, termasuk Brunei dan Singapura sejak 25 Februari lalu.

Tags: #Filem Munafik Cecah RM 4.3 juta Seminggu #filem munafik filem islam #jin dalam filem munafik #Kutipan Filem Munafik #Syamsul pengarah munafik