‘Laksanakan Perintah Berkurung Waktu Malam’

153 views

 

KERAJAAN Johor digesa mengenakan perintah berkurung bagi mengelakkan pelajar sekolah melepak di bandar raya, termasuk di jalan raya mahupun lokasi tertentu pada lewat malam, lapor Free Malaysia Today.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, arahan larangan itu bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, awal pagi semalam.

Sebagai Ahli Parlimen untuk kawasan itu, saya ucap takziah kepada keluarga mangsa. Kumpulan itu membabitkan budak dari kawasan yang jauh dari tempat kemalangan dan di luar Pulai.

Mereka tidak sepatutnya melepak di sekitar jalan utama di Johor Bahru pada waktu tengah malam dan semua mangsa dipercayai berada di pusat bandar ketika itu untuk berlumba.

Sehubungan itu, perlaksanaan perintah berkurung yang dibenarkan oleh kerajaan negeri dapat membantu penguatkuasaan polis untuk bertindak,” katanya.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, pihak kementerian juga bersedia untuk memberikan kerjasama sekiranya cadangan berkenaan diterima oleh pihak kerajaan negeri bagi tujuan keselamatan golongan tersebut.

Saya bukan suruh (mereka) berkurung, tapi melarang budak-budak ini daripada berkeliaran pada waktu malam. Tambah lagi di kawasan jalan raya utama yang berbahaya seperti ini.

Saya lontarkan cadangan ini, dan kita (KDN) sanggup bekerjasama dengan pihak pihak berkenaan untuk melaksanakannya,” katanya.

Sehubungan itu, katanya pelaksanaan perintah berkurung yang dibenarkan oleh kerajaan negeri dapat membantu penguatkuasaan polis dan mengelak pelajar sekolah melepak di jalanan pada waktu malam.

Selain itu, ibu bapa juga diminta untuk memastikan anak masing-masing tidak membenarkan untuk keluar pada lewat malam, kerana bimbang terhadap keselamatan mereka.

Menjadi masalah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan. Dalam sesetengah kes, bila polis ambil tindakan, ibu bapa pula marah polis.

Itu sebab saya rasa perkara ini perlu diberikan perhatian lebih serius, dan beban ini diletakkan kepada ibu bapa,” katanya.

 

Tags: #berkurung #malam #perintah #waktu