Lelaki Derita Ketumbuhan Sebesar Kepala

85 views

[ad_1]

SELEPAS 35 tahun menderita akibat ketumbuhan di kepalanya, akhirnya Sutat Meesati menemui sinar bahagia apabila pasukan perubatan sukarela mendengar rayuannya.

Sutat, yang berasal dari Surin, Thailand itu, menghidap ketumbuhan terbabit ketika berusia dua tahun dan ia kemudiannya membesar sama seperti saiz kepalanya.

Dia yang mempunyai nama samaran Nong Chae, akhirnya akan mendapat pemeriksaan dan ujian yang lengkap daripada pasukan perubatan. Sutat akan dirawat di Hospital Chulalongkorn.

Lelaki miskin itu terpaksa menahan penderitaan yang dialaminya itu disebabkan oleh kos perubatan yang mahal dan pada masa sama tidak mempunyai dokumen yang mencukupi untuk menerima bantuan kerajaan.

Penderitaan yang dialami oleh Sutat itu turut mendapat perhatian aktor Thailand, Bin Blunluerit, 54, dan peninju Muay Thai, Buakaw Banchamek yang turut melawatnya dan berjanji membantunya untuk menjalani pembedahan pertama.

“Pihak hospital kini sedang meneliti peralatan dan bila Sutat boleh menjalani pembedahan tetapi dia amat kuat serta bersedia untuk menjalani pembedahan,’’ kata Bin. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

[ad_2]

Tags: #derita #kepala #ketumbuhan #Lelaki #sebesar