Lelaki Nyaris Maut Ditembak Depan Rumah

38 views

[ad_1]

SEORANG lelaki nyaris maut selepas ditembak dua lelaki yang tidak dikenali di hadapan rumahnya di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang berusia 47 tahun itu baru tiba di hadapan rumahnya selepas keluar menaiki kereta rakannya.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata mangsa cedera di perut dan lengan kiri selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan salah seorang suspek.

Menurutnya, suspek yang menaiki motosikal kemudiannya bertindak melarikan diri selepas melepaskan tembakan.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri itu dihantar ke sebuah hospital swasta sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya.

Jelasnya, kes tersebut masih dalam siasatan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

[ad_2]

Tags: #depan #ditembak #Lelaki #maut #nyaris #rumah