Live Streaming Malaysia U21 Vs Singapore U21 – Nations Cup Malaysia 2016

1536 views
Nations Cup Malaysia 2016 Malaysia

Nations Cup Malaysia 2016 Malaysia

Nations Cup Malaysia 2016, pertandingan sulong yang pertama kali diadakan untuk pembangunan bolasepak ASEAN bawah 21 tahun. Perlawanan malam ini menampilkan Malaysia U21 vs Singapore U21.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MP & Silva, hari ini mengumumkan pelancaran kejohanan bola sepak peringkat umur Nations Cup yang bakal menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah buat julung kalinya.

Nations Cup mensasarkan untuk menjadi kejohanan tahunan terulung yang menampilkan aksi bola sepak berkualiti buat skuad antarabangsa di Asia Tenggara, dianjurkan oleh agensi sukan terulung MP & Silva. Bermatlamatkan untuk mempromosikan bola sepak antarabangsa di rantau ini, Piala Negara-Negara Asia Tenggara akan melengkapkan kalendar bola sepak menjelang Sukan SEA 2017.

Edisi pertama akan berlangsung pada 3 & 5 Jun 2016 di Stadium Hang Jebat, Melaka dan menampilkan pasukan bawah 21 tahun yang menyaksikan Malaysia diwakili skuad Projek Sukan SEA 2017 kendalian Frank Bernhardt menjadi tuan rumah kepada Thailand, juara Sukan SEA, jiran Singapura dan pemenang pingat gangsa, Vietnam. Dua pasukan teratas akan mara ke final selepas berakhirnya jadual perlawanan pusingan pertama.

Peminat di Asia Tenggara boleh menjangkakan aksi menarik daripada bintang bola sepak dalam pembikinan sebagai previu menjelang Piala Suzuki AFF 2016 dan Sukan SEA 2017 yang bakal dilangsungkan di Kuala Lumpur.

p Malaysia 3 - 2016 Malaysia

p Malaysia 3 - 2016 Malaysia

Live Streaming Malaysia U21 vs Singapore U21 03.6.2016

Keputusan Live Malaysia U21 vs Singapore U21 03.6.2016

  • Malaysia U21 3 vs 0 Singapore

Jadual Siaran Langsung Malaysia U21 vs Singapore U21 03.6.2016

Tarikh: 03 JUN 2016 (Jumaat)

Masa: 8:45 Malam Waktu Malaysia

Lokasi: Stadium Hang Jebat Melaka

Siaran Rasmi: Astro Arena (Saluran 801) bermula pada jam 8.15 Malam

Nations Cup Malaysia 2 - 2016 Malaysia

Nations Cup Malaysia 2 - 2016 Malaysia

Tags: #ASEAN bawah 21 tahun #Live Streaming Malaysia U21 vs Singapore U21 #Malaysia U21 vs Singapore U21 #Nations Cup Malaysia 2016 #Persatuan Bolasepak Malaysia #Piala Negara-Negara Asia Tenggara #siaran langsung nations cup