Mangsa Bot Karam Dirawat Di Hospital

74 views

[ad_1]

KOTA KINABALU – Kesemua 20 pelancong China yang terselamat dalam tragedi bot pelancong karam pada 28 Jan lalu masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata secara keseluruhannya, kesemua mangsa yang dimasukan ke wad, sudah beransur pulih.

“Kami belum boleh memberi maklumat lanjut berkenaan mangsa bot itu kerana perlu berbincang dengan beberapa pihak,” kata Dr Christina.

Kesemua 20 mangsa itu ditemui selamat di kawasan perairan Semarang, kira-kira pukul 6 petang pada 29 Jan lalu, iaitu sehari selepas bot mereka karam.

Sebelum itu, pada hari yang sama, kira-kira pukul 3.30 petang, seorang kru dan tekong bot yang karam berkenaan dijumpai selamat di kawasan perairan yang sama.

Dalam tragedi 10 pagi 28 Jan lepas, bot pelancong yang membawa 28 warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini, 22 mangsa dijumpai selamat manakala tiga lagi meninggal dunia.

Pagi tadi, satu mayat wanita dijumpai tersangkut pada pukat nelayan di kawasan perairan Pulau Mengalum tetapi belum dapat disahkan sama ada ia adalah antara enam mangsa yang masih hilang atau sebaliknya. – BERNAMA

[embedded content]

[ad_2]

Tags: #dirawat #HOSPITAL #karam #mangsa