Mangsa Tanah Runtuh Highway Karak Lari Tinggal Kereta

571 views

BENTONG - "Saya terus lari selamatkan diri tanpa memikirkan apa-apa," kata seorang daripada pengguna Lebuh Raya KL-Karak, Naimran Ibrahim ketika berdepan detik mencemaskan semasa kejadian tanah runtuh di Km52.4 laluan Lentang-Bukit Tinggi dekat sini, semalam.

Naimran, 37, berkata, beliau bersama ayahnya terpaksa meninggalkan keretanya di tengah-tengah lebuh raya dan lari sejauh 50 meter untuk menyelamatkan diri.

"Semasa kejadian, hujan lebat membasahi laluan berkenaan dan tiba-tiba sebuah lori yang berada di hadapan kereta saya melintang di laluan itu.

"Pada mulanya saya sangka lori itu melintang akibat keadaan jalan yang licin tetapi tidak lama selepas itu, barulah saya sedar terdapat air lumpur yang banyak melimpah dari sebuah bukit berhampiran laluan itu," katanya ketika ditemui Bernama dekat sini.

Berikutan itu, katanya, beliau yang dalam perjalanan dari Seremban ke pejabatnya di Kuantan terus bertindak menekan brek kecemasan untuk memberhentikan kereta bagi menyelamatkan diri. - Bernama

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz3rEwRhvSs
Hakcipta terpelihara

Tags: #berita viral malaysia #Mangsa Tanah Runtuh Highway Karak #tanah runtuh genting klang