Mario Gomez Bakal Jurulatih Harimau Malaysia?

61 views

[ad_1]

KUALA LUMPUR – Laman Facebook rasmi kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini menyebut bekas jurulatih pasukan itu, Mario Gomez bakal menjadi jurulatih skuad kebangsaan.

Laman Facebook berkenaan dalam statusnya hari ini berkata demikian sewaktu merujuk kepada pertemuan antara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Gomez hari ini.

“Tunku Mahkota Johor bersama bakal jurulatih pasukan kebangsaan, Mario Gomez mengucapkan selamat maju jaya kepada JDT dalam perlawanan petang ini menentang Gamba Osaka,” kata laman Facebook berkenaan.

Tunku Ismail sudah hampir pasti menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu dalam pemilihan akan datang.

Menurut laman Facebook berkenaan, baginda sudah sepatutnya memenangi jawatan itu tanpa perlu bertanding.

Ia berdasarkan pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini menyatakan akan menarik diri jika Tunku Ismai bersetuju memegang tampuk pentadbiran FAM.

Begitu juga dengan Tan Sri Annuar Musa yang turut menyatakan kesediaan menawarkan diri sekiranya Tunku Ismail tidak bertanding.

Delegasi 14 ahli gabungan FAM yang diperkenan menghadap Sultan Johor semalam untuk tujuan mencalonkan Tunku Ismail untuk jawatan tersebut sudah pun ‘memenangkan’ baginda. – Mynewshub.cc

[embedded content]

Incoming search terms:

[ad_2]

Tags: #bakal #gomez #harimau #jurulatih #MALAYSIA #mario