Masa Depan Yang Cerah Menanti Pesilat Muda

Posted on
KUALA LUMPUR: Menjuarai Kejuaraan Silat Remaja Dunia 2015 buat julung kalinya menandakan masa depan cerah menanti sukan silat negara.

Penambahan 5 pingat emas pada hari terakhir kejohanan sekaligus pulang dengan 15 emas, 6 perak dan 5 gangsa merupakan catatan membanggakan.

Pengurus pasukan, Abdul Wahid Abu Talib nyata berpuas hati dengan perkembangan barisan pesilatnya.

“Walaupun kurang kelengkapan latihan namun pesilat mempamerkan kesungguhan yang tinggi untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Lebih manis, pesilat lelaki Noor Aiman Afiq diangkat sebagai pesilat terbaik kejohanan.

“Bila kami jatuh kami segera bangkitkan semangat untuk merebut emas, saya berterima kasih kepada cikgu yang telah mencurahkan segala ilmu kepada kami,” jelas Noor Aiman.


Terkini – Astro Awani