MB Selangor Umum Isnin Cuti 14-12-2015 Kejayaan Selangor Menang Piala Malaysia Kali Ke-33

Susulan kejayaan pasukan itu menjulang Piala Malaysia, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan cuti peristiwa pada Isnin.

Selangor meraih Piala Malaysia buat kali ke-33 selepas mengalahkan Kedah 2-0 pada aksi final di Stadium Shah Alam, Selangor malam ini.

Selangor mendahului pasukan lawan pada separuh masa pertama dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan Ahmad Hazwan Baki pada minit ke-3.

Hazwan sekali lagi memberikan gol kemenangan kepada Selangor di minit ke-47 pada separuh masa kedua.
Senarai pemain Selangor pada malam ini ialah Robert Richard Cornthwaite, Muhd Shahrom Kalam (kapten), Andik Vermansah (Mohd Fitri Shazwan Raduan), Leandro Dos Santos Oliveira Nazmi Faiz Mansor, Ahmad Hazwan Bakri (S.Veenod), Guilherme De Paula Lucrecio, Abdul Hadi Yahaya (K.Gurusamy), Mohd Raimi Md Nor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Norazlan Razali.

Pasukan Kedah dibarisi pemain Seungwhan Bang, Shafizan Hashim (Muhd Syafiq Ahmad), Baddrol Bakhtiar, Chidi Edeh, Khairul Helmi Johari (kapten), Mohd Rizal Ghazali, Muhamad Syazwan Tajudin (Muhd Farhan Roslan), Mohd Syazwan Zainon, Mohd Firdaus Muhamad (M Shazwan Abdullah), Liridon Krasniq dan Sandro Da Silva Mendonca. – Bernama, 12 Disember, 2015.

terkini selangor

Tags: #Kejayaan Selangor menang Piala Malaysia kali ke-33 #MB Selangor Umum Isnin cuti 14-12-2015 #Selangor meraih Piala Malaysia buat kali ke-33 #Selangor Umum Isnin cuti