“Mcdonald Chicken Wrap” Berisi Katak Mati

338 views

Cordelia Buckley (10thn) menunjukkan raut muka aneh dan tatapan membelalak saat mengetahui telah mengunyah seekor katak mati dalam roti isi ayam (Chicken Wrap). Makanan itu dibeli Cordellia di rangkaian restoran makanan segera McDonald semasa hendak pulang bersama sang ayah melalui perkhidmatan drive-thru di dekat rumahnya di Moreton, Merseyside, Inggeris.
Saat mengunyah, Cordellia sedar telah menelan benda aneh. tersentak , roti yang sedang dikunyah itu langsung dimuntahkan. Betapa terkejutnya dia melihat seekor katak mati terbujur kaku dalam balutan roti tersebut.
"Ini sangat menjijikkan, saya sebenarnya tidak masalah dengan amfibia namun bukan untuk dikunyah di mulut juga," ungkapnya kesal, seperti diberitakan laman metro.uk, Selasa (3/11).
Cordellia juga geram kerana binatang tersebut berpotensi membahayakan kesihatannya.
"Ini sangat membahayakan kesihatan kerana bakteria salmonella yang terkandung di dalam binatang itu, pokoknya saya berjanji tidak akan ke Mcdonald lagi !," tegasnya.
Walaupun begitu seorang pelanggan dari restoran segera  ini sendiri mengatakan akan bertindak lanjut tentang masalah ini.
"Kebersihan dan kesihatan adalah perkara yang penting bagi kami, dan hal ini sangat kami anggap permasalahan sangat serius, kami telah meminta roti dan isinya tersebut diserahkan kembali untuk bukti berkaitan aduan pelanggan," kata perhubungan awam MacDonald UK.

Tags: #bakteria salmonella #Mcdonald Chicken Wrap