Mesti Tahu Punca Permohonan BR1M 2017 Anda Gagal Atau Ditolak

415 views
 Brim Gagal tapi kenapa


Brim Gagal tapi kenapa

Kenali Punca Atau Sebab Permohonan BR1M 2017 Anda Gagal Atau Ditolak. Punca  kenapa anda Tak Dapat BR1M? Anda seorang pemohon dan penerima sediada BR1M? Pembayaran BR1M 2017 tahun ini akan ditambah nilainya dan dibayar dalam 4 fasa pembayaran. Pasti semua pemohon BR1M 2017 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) mengharapkan permohonan mereka diterima atau diluluskan.

Namun tidak semua yang memohon BR1M akan diluluskan kerana setiap permohonan baru dan kemaskini selepas tarikh tutup akan melalui proses semakan oleh agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Pendaftaran Negara, LHDN, KWSP, KWAP, SSM dan lain-lain lagi. Jadi apakah punca atau sebab permohonan BR1M anda gagal?

#Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2017 klik Semakan Status

Punca Permohonan BR1M 2017 Anda Gagal Atau Ditolak

Berikut dikongsikan punca atau sebab permohonan BR1M anda ditolak atau tidak diluluskan :-

1. No MyKad tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk nama yang berbeza dengan data JPN.

2.Silap mengisi borang dan maklumat tidak lengkap samada permohonan secara online atau manual. Bagaimanapun, mereka terlibat masih boleh mendapatkan bantuan tersebut setelah membuat rayuan dan melakukan pembetulan dalam borang berkaitan.

3.Memang tidak layak kerana pendapatan melebihi syarat BR1M 2017 itu sendiri

4. Nama anda diletakkan sebagai TANGGUNGAN didalam permohonan individu lain. Anda secara automatik tidak layak menerima bantun BR1M jika anda ada dalam senarai tanggungan permohonan orang lain.

5.Memohon bantuan atas dasar ibu atau bapa tunggal tetapi gagal menyenaraikan nama tanggungan anda.

6.Memohon bantuan dan mengaku sudah berkahwin tetapi tidak meletakkan maklumat nama isteri/suami dengan betul dan lengkap.

7. Membuat permohonan menggunakan Mykad yang tidak wujud dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain nama pemohon berbeza dengan daftar JPN. Mereka yang bertaraf penduduk tetap (PR) juga tidak layak menerima BR1M.

8. Pemohon adalah penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)

9. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan permohonan.

10. Pemohon kategori bujang terdapat dalam permohonan kategori lain sebagai tanggungan kepada pemohon kategori lain isi rumah

FAQ Soalan Lazim Permohonan BR1M 2017

Untuk gambaran yang jelas mengenai siapa yang layak menerima BR1M ini, dikongsikan beberapa maklumat penting sebagai panduan pemohon.

Siapakah yang layak membuat Permohonan BR1M 2017?
Pemohon yang layak membuat permohonan BR1M 2017 perlulah memenuhi syarat seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

ii. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.

iii. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.

iv. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

v. Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.

Jumlah Pendapatan
Pendapatan terkini saya termasuk gaji bulanan, bonus dan lain-lain elaun. Apakah jumlah pendapatan yang perlu saya laporkan pada Borang BR1M 2017?

Anda perlu melaporkan gaji kasar bulanan dan lain-lain elaun kecuali bonus bagi semua isi rumah.
Untuk FAQ selanjutnya sila klik atau download di BR1M Soal Jawab dibawah ini : 

[embeddoc url="http://terviral.xyz/wp-content/uploads/2016/11/Permohonan-Baru-dan-Kemas-Kini-BR1M-2016.pdf"]
Pemohon masih boleh mengemukakan rayuan kepada LHDN untuk dipertimbangkan semula dengan membuat rayuan secara manual menggunakan borang BK-07 dibawah :

[embeddoc url="http://terviral.xyz/wp-content/uploads/2016/11/Rayuan.pdf" download="all"]

Permohonan rayuan BR1M pada tahun lepas dibuka dari 1 Mac hingga 15 April 2017. (tarikh ini akan berubah mengikut keperluan BR1M)

Tags: #Brong rayuan BR1M 2017 #Permohonan BR1M 2017 #Permohonan BR1M ditolak #syarat BR1M 2017