Mohd Faiz Subri Cipta Sepakan Unik Terhebat Dunia Kalahkan Roberto Carlos

Tahniah Liga Super Pulau Pinang, diharap beliau akan terus mempamerkan permainan yang memberangsangkan. Jurulatih Malaysia mau pandang pemain-pemain yang macam ni bukan suka-suka pilih.

GEORGETOWN: Pemain Liga Super Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri mengakui terkejut apabila mendapat tahu video sepakan lencongnya kini disamakan atau lebih hebat daripada tendangan percuma pemain Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997.

Video berkenaan kini menjadi viral dan mencipta sejarah tersendiri apabila detik tersebut dikongsi peminat bola sepak di seluruh dunia.

Menurut Mohd Faiz, 29, dia tidak menyangka tendangan percuma yang dibuat semalam, dalam perlawanan menentang Pahang menjadi viral dan mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat bola seluruh dunia.
Katanya, untuk membuat tendangan berkenaan dia sebenarnya meluangkan masa sekitar 15 minit setiap kali selepas tamat waktu latihan untuk cuba membuat tendangan percuma dari pelbagai jarak.
"Saya menjadikan Roberto Carlos dan Christiano Ronaldo sebagai idola dan sering menonton video sepakan percuma yang diambil mereka melalui laman YouTube.
"Saya tidak menyangka sepakan percuma itu melonjakkan nama saya hingga disamakan seperti sepakan dua pemain terkemuka itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan dia dicalonkan sebagai penerima Anugerah Puskas FIFA, Faiz berkata, dia menganggap itu sebagai rezeki dan peluang untuk dirinya menaikkan nama pasukan dan negara.
Dalam perlawanan di Stadium Bandaraya yang berkesudahan dengan keputusan Pulau Pinang membenam Pahang dengan keputusan 4 - 1
Gol ketiga pasukan, sumbangan Mohd Faiz ternyata meninggalkan impak tersendiri apabila diiktiraf komuniti bola sepak dunia sebagai setaraf dengan tendangan dilakukan Carlos iaitu bekas bintang pertahanan Brazil - Bharian Online
Admin : Jangan kita bangga hanya dengan jaringan yang menarik tetapi pasukan bolasepak Malaysia masih lagi ke laut???
Terbaru Faiz Subri terima RM10,000 dari Kerajaan Pulau Pinang

PERBADANAN Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melalui Kerajaan Pulau Pinang memberi insentif berjumlah RM10,000 kepada pemain tengah pasukan bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri di Pejabat Ketua Menteri sebentar tadi.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng disaksikan jurulatih pasukan itu, Jacksen F Tiago, Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff, isteri Mohd Faiz, Nor Zawanis Hashim serta beberapa Exco lain.

Guan Eng berkata, sumbangan itu sebagai menghargai pencapaian terbaik Mohd Faiz yang membuat sepakan percuma yang disifatkan sebagai gol ajaib sehingga mendapat perhatian dunia.

Terdahulu, nama Mohd Faiz menjadi sebutan ramai di seluruh dunia selepas dia menjaringkan satu gol istimewa, Selasa lalu.

Mohd Faiz membuat kejutan apabila sepakan percuma yang dilakukannya dari jarak 35 meter, melengkung masuk ke gawang gol dalam perlawanan menentang pasukan Pahang dalam Liga Super Malaysia yang berlangsung di Stadium Bandaraya. Sinar Harian

 

Tags: #Anugerah Puskas FIFA #Faiz Subri terima RM10000 dari Kerajaan Pulau Pinang #Liga Super Pulau Pinang #Mohd Faiz Subri #Mohd Faiz Subri Cipta Sepakan Unik