Mohd Faiz Subri NOMINEE Puskás Award FIFA Dengan ‘Gol Ajaib’ – Vote Disini

Pemain bola sepak Pulau Pinang Mohd Faiz Subri disenarai pendek untuk Anugerah Puskas FIFA 2016, sekaligus menyertai senarai 10 pemain bola sepak yang tercalon untuk anugerah yang mengiktiraf gol terbaik daripada puluhan ribu jaringan gol sepanjang tahun.

Gol Ajaib sepakan percuma Faiz Subri ini, memang satu jaringan yang superb! Jaringan ini turut disamakan seperti jaringan yang pernah dibuat oleh lagenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos suatu masa dahulu. Anda boleh lihat jaringan Faiz dan Roberto dalam klip di bawah.

Mohd Faiz Subri (MAS) - FIFA PUSKAS AWARD 2016 NOMINEE

Ketika aksi Liga Super di Stadium Bandaraya pada Februari lepas, gol hasil sepakan percuma yang dilakukan Mohd Faiz dari jarak 35 meter melencong masuk ke gawang gol ketika membantu Pulau Pinang menang 4-1 ke atas Pahang.

Hanya tiga gol terbaik dari undian ini akan dipilih ke peringkat akhir yang akan diumumkan pada 2 Disember nanti. Sebarkan dan share berita ini kepada rakan-rakan anda untuk mengundi gol Faiz Subri ini. Tahniah Faiz. Semoga berjaya mengengam Anugerah Puskas FIFA 2016 untuk Malaysia.

Berikut 9 lagi jaringan yang calonkan bagi Anugerah Puskas FIFA 2016:

1.Mario Gaspar (Sepanyol) - 13.11.2015, Spain V England, persahabatan antarabangsa

2.Hlompho Kekana (Afrika Selatan) - 26.03.2016, Cameroon V South Africa, Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika

3.Marlone (Brazil) - 21.04.2016, Corinthians V Cobresal, Copa Libertadores

4.Lionel Messi (Argentina) - 21.06.2016, USA V Argentina, Separuh akhir Copa América Centenario

5.Neymar (Brazil) - 08.11.2015, Barcelona V Villarreal, La Liga

6.Saúl Ñíguez (Sepanyol) - 27.04.2016, Atlético Madrid V Bayern Munich, Liga Juara-Juara Eropah

7.Hal Robson-Kanu (Wales) - 01.07.2016, Wales V Belgium, EURO 2016

8.Daniuska Rodríguez (Venezuela) - 14.03.2016, Venezuela V Colombia, Kejohanan Bola sepak Wanita B-17 Amerika Selatan

9.Simon Skrabb (Finland) - 31.10.2015, Gefle V Åtvidaberg, Liga Allsvenskan, Sweden

Tags: #Anugerah Puskas FIFA 2016 #Mohd Faiz Subri Puskás Award #Puskás Award FIFA 2016