Mortal Kombat X Kini Boleh Dimainkan Di Android – Muat Turun Di Google Play Store

Pada awal bulan lalu, Mortal Kombat X Telah dikeluarkan untuk boleh dimainkan di konsol, PC, serta untuk peranti iOS. Dan sekarang ada kabar baik bagi para peminat permainan video yang menggunakan Android, bahawa Mortal Kombat X ini akan hadir juga di peranti Android anda.
Pada dasarnya, Mortal Kombat X untuk peranti mudah alih ini masih menerapkan gaya dan gameplay yang sama seperti pada konsol dan PC. Namun pada versi mobile ini, para pemaju telah memperkenalkan sistem kad baru dimana pemain boleh mengumpul dan meng-upgrade. Selain itu para pemaju juga memperkenalkan mode tag team di mana pemain boleh saling bertukar antara empat watak di setiap sisi, berbilang talian, dan bahkan boleh menambah skill watak anda melalui equipment yang boleh anda beli dengan mata wang di dalam game.


Namun untuk membeli aplikasi di game ini tidaklah murah. Menurut orang-orang dari Pocket Gamer, mereka telah meramalkan bahawa untuk membeli semua watak-watak dalam permainan, para pemain harus mengeluarkan wang sekurang-kurangnya $ 300. Dan ini belum termasuk pembelian equipment atau upgrade skill. Bagi yang inngin cuba game Mortal Kombat X ini, anda boleh memuat turun melalui Google Play Store.

Download Mortal Kombat X  Versi Android

Tags: #Mortal Kombat X Android #Mortal Kombat X Download #Mortal Kombat X IOS #mortal kombat x mobile android cheats #mortal kombat x mobile android download #mortal kombat x mobile android glitches #mortal kombat x mobile android link #mortal kombat x mobile android raiden challenge #mortal kombat x mobile android release date #mortal kombat x mobile android tips #mortal kombat x mobile android update #Pocket Gamer