Mufti Dan Ketua Paderi Berpelukan Dalam Pertemuan Bersejarah

431 views
MAJLIS anjuran bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Global Unity Network dan Archbishop Kuala Lumpur semalam telah mempertemukan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad dan Ketua Paderi Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim.Pertemuan yang disifatkan oleh Zulkifli sebagai ‘bersejarah’ itu dikongsi melalui status Facebooknya yang dimuat naik bersama-sama dengan beberapa foto.

Dalam pertemuan tersebut, mereka berbincang tentang pelbagai isu termasuklah konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama.

Koleksi foto menampilkan perbincangan yang berlangsung penuh sefahaman dan kedua-dua tokoh agama tersebut berpelukan.

Zulkifli turut berterima kasih kepada pendakwah Shah Kirit yang terlibat menjayakan pertemuan tersebut.

 

Alhamdulillah.Satu usaha bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Global Unity Network dan Archbishop Kuala Lumpur...

Posted by Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri on Thursday, January 7, 2016


Terkini - Astro Awani

Tags: #berpelukan #bersejarah #dalam #ketua #Mufti #paderi #pertemuan