Mungkin Inilah Pemandu Uber Yang Paling Kool!

67 views

[ad_1]

DI era ini, perkhidmatan Uber semakin mendapat tempat di kalangan pengguna pengangkutan awam berikutan tambangnya yang lebih murah jika dibandingkan dengan teksi.

Uber yang beroperasi di bandar-bandar besar seluruh dunia menjadi pilihan kebanyakan penumpang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Perkhidmatan Uber tidak akan dapat dijayakan jika tidak mempunyai pemandunya.

Pemandu Uber yang mempunyai dua mode kerja iaitu sama ada secara full time mahupun part time boleh mendapat pulangan yang cukup lumayan sekiranya rajin membuat trip perjalanan.

Seperti juga penumpang, pemandu Uber pun terdiri daripada pelbagai latar belakang, dan mungkin ‘perkhidmatan tambahan’ yang diberikan pemandu Uber ini boleh dijadikan contoh buat pemandu Uber yang lain di luar sana.

Pemandu yang dikenali sebagai Jonathan ini gemar melakukan carpool karaoke dengan penumpangnya yang kemudian akan dikongsikannya menerusi akaun Youtubenya, Do Good Jonathan.

Pemandu yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat itu sudah memuat naik beberapa video antaranya, video mereka menyanyikan lagu Uptown Funk nyanyian Bruno Mars, Can’t Feel My Face (The Weeknd) dan All I Want For Christmas Is You (Mariah Carey). – MYNEWSHUB.CC 

[embedded content]

[ad_2]

Tags: #inilah #mungkin #paling #Pemandu #Uber #yang