Muzium Kapal Selam Melaka Di Pantai Klebang Percutian Menarik Malaysia

2097 views

Muzium Kapal Selam Melaka di Pantai Klebang adalah muzium kapal selam pertama di Malaysia.

Harga Tiket masuk Muzium Kapal Selam Melaka

Dewasa : RM 3
Kanak-kanak : RM 1

Kapal selam bernama SMD Ouessant Agosta 70 dari Perancis ini dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan merupakan tempat latihan krew pertama kapal selam negara ini.

Dibina pada tahun 1979, kapal seberat 1,200 tan ini dibawa ke Malaysia untuk dijadikan muzium dengan perbelanjaan sebanyak RM 12.6 juta sebagai simbol kemajuan negara dalam bidang pertahanan maritim.

Kali terakhir Agosta 70 ini digunakan ialah sewaktu pelayaran di lautan Atlantik pada tahun 2009. Ia kemudiannya dijadikan kapal latihan sebelum diangkut menggunakan kapal kargo dan ditarik ke pantai Klebang oleh sebuah trailer khas dengan 480 tayar sebelum diletakkan di Dataran 1Malaysia.

Jika pada awal pembukaannya, pelawat hanya boleh melihat kapal ini dari luar, kini bahagian dalam kapal telah dibuka kepada umum. Jadi anda boleh melihat tempat simpanan peluru torpedo, ruangan kawalan kapal, dapur serta tempat tidur crew sewaktu kunjungan ke sini.

Waktu Operasi Muzium Kapal Selam Melaka

waktu operasi Muzium Kapal Selam melaka

Pakej Bermalam di Dalam Kapal Selam

Jika anda dan keluarga (atau syarikat) berminat merasai bagaimana suasana bermalam di dalam kapal ini, pihak muzium Melaka juga ada mempunyai pakej Bermalam di Dalam Kapal Selam. Jumlah minima peserta ialah 25 dan harga untuk seorang ialah RM 150. Anda boleh membuat tempahan dengan menelefon pegawai PERZIM di 06-281 4226.

Tags: #Dataran 1Malaysia Klebang Melaka #eco marine theme park melaka #hotel kapal selam klebang #kapal selam malaysia #muzium kapal melaka #Muzium Kapal Selam Melaka #muzium kesultanan melaka #muzium melaka perzim #pakej Bermalam di Dalam Kapal Selam melaka #Pantai Klebang Percutian Menarik Malaysia #Percutian Menarik Malaysia #submarine museum malacca malaysia #submarine museum melaka #Tentera Laut Diraja Malaysia #Waktu Operasi Muzium Kapal Selam Melaka

  1. author

    hana1 year ago

    Kita boleh dapatkan senarai homestay Melaka yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Bagi penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan ke Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang boleh lawati http://www.indahkembara.com

Author: 
    author