MyPBA Mudahkan Pengguna Bayar Bil Air Salur Aduan

69 views

 

GEORGE TOWN – Warga Pulau Pinang kini boleh menggunakan telefon pintar atau tablet mereka untuk membuat bayaran bil air secara dalam talian menerusi aplikasi mudah alih ‘myPBA’.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa berkata objektif utama myPBA adalah menyediakan jalinan perhubungan dan kemudahan kepada pelanggan.

“Menerusi aplikasi ini, PBAPP berusaha untuk meningkatkan hubungan pelanggannya dengan semua pengguna air di Pulau Pinang,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi itu yang disempurnakan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Komtar di sini hari ini.

Aplikasi dalam talian itu boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store secara percuma.

Sementara itu, Lim dalam ucapannya berkata aplikasi myPBA membolehkan PBAPP menyalurkan maklumat penting kepada orang awam menerusi peranti mudah alih.

“Aplikasi ini juga adalah platform kepada orang ramai membuat laporan segera mengenai paip pecah dan sebagainya serta untuk berkomunikasi secara langsung dengan PBAPP mengenai perkhidmatan bekalan air,” katanya. – BERNAMA

[embedded content]

 

Tags: #aduan #bayar #mudahkan #mypba #MyPBA Mudahkan Pengguna Bayar Bil Air #pengguna #salur