Najib Gesa Jangan Jadikan 1MDB Platform Tukar Kerajaan

164 views

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa agar isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak digunakan sebagai platform untuk menukar kerajaan.
Beliau menggesa orang ramai agar mempercayai Putrajaya bagi menyelesaikan kemelut ekonomi negara termasuklah 1MDB.

"Apabila anda menyokong kepimpinan (negara), dengan izin Tuhan kita akan mengatasi semua cabaran politik dan ekonomi – termasuklah masalah 1MDB boleh diselesaikan.

"Kalau semua serang kita susahlah. Jangan benarkan 1MDB menjadi platform politik.

"Izinkan 1MDB diselesaikan, jika ada salah laku 1MDB, beri laluan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menemuinya.

"Tetapi jangan biarkan ia menjadi platform politik hanya kerana kamu mahu menukar kerajaan," katanya sewaktu berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. - TMI

Tags: #'Jangan #1mdb #gesa #jadikan #Najib #platform