Neelofa Akui Sedang Berkawan Dengan Kerabat Diraja

44 views

[ad_1]

Baru-baru ini ada khabar angin hangat mengatakan Neelofa kini sedang intim dengan seorang kerabat diraja yang agak terkenal dan berita tersebut sudah tersebar luas di media sosial.

Menerusi portal Utusan Online, Neelofa akui beliau sedang berkawan dengan seorang kerabat diraja dan sebenarnya hubungan persahabatan mereka terjalin itu bukanlah diatur oleh pihak keluarga.

Saya masih solo dan dia pun sama. Saya tidak nafikan kami berkawan cuma status saya sebagai selebriti dan dia sebagai kerabat tidak boleh lari dari andaian dan dakwaan orang.

Anda semua sudah cukup bijak untuk menilai sama ada saya layak atau tidak untuk bercakap tentang hal ini. Saya pilih untuk tidak mengulas.

Keluarga tidak pernah bertanya saya tentang hal ini. Cuma saya tertekan dengan pelbagai dakwaan dan andaian orang ramai.

Neelofa juga merayu untuk orang ramai memahami situasi dirinya dan memberinya ruang. Hati Neelofa hancur apabila membaca komen netizen yang agak negatif dan mereka yang mencetuskan pelbagai spekulasi.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

[ad_2]

Tags: #akui #berkawan #dengan #kerabat #Neelofa #sedang