Pak Bakar Intercitycoach – Dulu Pemandu Kini Jadi Taukeh

355 views

Sebingkis Kisah Pak Bakar pemilik  Intercitycoach.

Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan keazaman yang tinggi. Mungkin dulu ada yang memandang rendah dengan kerjaya sebagai pemandu bas, namun pandangan orang ramai berubah sebaik sahaja Bakar Mat (Pak Bakar) kini telah menjadi taukeh.

Pak Bakar memulakan kerjayanya sebagai seorang pemandu bas dan kini beliau mengubah kehidupannya dengan membuka syarikat pengangkutan sendiri sejak lima tahun lalu, memetik dari laporan sinarharian.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sebagai bekas pemandu, Bakar mempunyai banyak pengalaman dalam memahami cita rasa penumpang dan orang ramai untuk membolehkannya meningkat kepada tahap lebih tinggi.

"Dengan pengalaman dari pemandu bas dan kini pemilik syarikat pengangkutan dapat memberi keyakinan kepada penumpang untuk terus memilih syarikatnya sebagai medium pengangkutan awam pilihan ramai," katanya ketika merasmikan sambutan ulang tahun kelima syarikat itu, Intercitycoach.

Beliau turut memuji tindakan syarikat itu menyediakan kemudahan perkhidmatan bas terus dari Alor Setar ke Hatyai mulai 1 Februari ini.

Kisah Pak Bakar ini wajar dijadikan contoh dan penyuntik semangat buat kita semua terutamanya golongan anak muda. Janganlah malu atau takut untuk mencuba sesuatu perniagaan, kerana tanpa usaha dan cita-cita yang tinggi kita tak mungkin dapat berjaya seperti orang lain.

Kesimpulannya, jadilah seperti Pak Bakar.

Tags: #Intercitycoach #Pak Bakar Intercitycoach