Panduan Dan Borang Permohonan Rumah Generasi Kedua Felda

631 views

Penerangan Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA

perumahan felda

Penerangan Perumahan FELDA

Latar Belakang Perumahan Felda

Program utama Perumahan Felda adalah untuk :

1. Pembangunan Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF).
2. Pembangunan Perumahan Warga FELDA (PWF).
3. Pembangunan “1 Wilayah 1 Township” untuk setiap wilayah FELDA.
4. Pembangunan Komersial di tanah-tanah FELDA yang berpotensi.

Jabatan Perumahan FELDA ditubuhkan pada 3 Disember 2012 bagi merealisasikan program transformasi FELDA yang melibatkan pembangunan infrastruktur, iaitu pembinaan perumahan untuk generasi baharu FELDA. Hal ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia semasa Himpunan Generasi Baharu FELDA pada bulan November 2012 di UiTM Shah Alam.

Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) dan Perumahan Warga FELDA (PWF) adalah antara projek sosial FELDA bagi memenuhi permintaan dan membantu generasi baharu FELDA memiliki rumah mampu milik yang selesa dan sempurna. Dengan pembinaan rumah kediaman ini, masalah penggunaan tanah kosong di tanah rancangan dapat diselesaikan secara teratur dan semua pihak mendapat manfaat.

FELDA berharap projek perumahan yang lengkap dengan infrastruktur ini adalah setanding dengan projek yang dikendalikan oleh pemaju swasta lain di samping memberikan keyakinan kepada bakal pembeli.

MUAT TURUN BORANG PEMOHONAN (PGBF)

[embeddoc url="http://terviral.xyz/wp-content/uploads/2016/08/borang-perumahan-ms1.pdf" download="all"]

Objektif utama Jabatan Perumahan FELDA adalah seperti yang berikut:-

1. Melaksanakan pembangunan infrastruktur melalui pembinaan Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) bagi memenuhi permintaan perumahan dalam kalangan generasi baharu FELDA yang semakin ramai menetap bersama-sama ibu bapa mereka di tanah rancangan FELDA.

2. Menguruskan pelaksanaan projek dengan kontraktor yang berkelayakan untuk membina Rumah Pasang Siap (IBS) berdasarkan sasaran keseluruhan, iaitu dua puluh (20) ribu unit mengikut tempoh siap yang ditetapkan.

3. Menjalin dan meningkatkan hubungan kerjasama dengan jentera Pentadbiran Negeri dan agensi lain yang berkaitan.

Cabaran utama ialah permintaan daripada generasi baharu FELDA yang agak tinggi dan juga mencari tapak/lokasi yang sesuai untuk pembinaan Rumah Pasang Siap (IBS) bagi mencapai sasaran keseluruhan, iaitu dua puluh (20) ribu unit untuk tempoh (5) lima tahun dengan purata sebanyak empat (4) ribu unit setahun.

Jabatan Perumahan FELDA akan mengendalikan projek Pembangunan Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) melalui jalinan kerjasama dengan syarikat swasta yang berkelayakan bagi membina Rumah Pasang Siap (IBS) secara berperingkat dan menyeluruh mengikut sasaran dua puluh (20) ribu unit dibina dan disiapkan dalam masa lima (5) tahun.

perumahan felda 1

PWF Projek Dalam Perlaksanaan

Empat (4) tapak pembangunan sedang dibangunkan dan FELDA Properties Sdn. Bhd. diberikan tanggungjawab untuk segala urusan pembangunan. Butiran terperinci kemajuan di empat (4) tapak pembangunan ini diterangkan pada jadual.

perumahan felda 2
Projek PWF Siap dan Dijual

Lima (5) projek PWF yang telah siap dan sudah habis dijual seperti di jadual.

perumahan felda 3

Fungsi dan peranan dalam memajukan Perumahan Felda mengikut peringkat

Ibu Pejabat

Menguruskan pembangunan projek PGBF dari mula sehingga selesai. Ibu Pejabat memainkan peranan penting menentukan pemilihan pembeli bagi PGBF ini. Sebagai semakan terakhir, senarai nama bakal pembeli akan dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan Penapisan dan Pemilihan peringkat Ibu Pejabat untuk pengesahan dan kelulusan. Tawaran kepada pemohon yang berjaya akan dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan dan mereka akan mendapat surat tawaran pembelian PGBF bagi urusan tawaran pembiayaan daripada institusi kewangan.

Wilayah

Peranan di peringkat Wilayah adalah untuk mengumpulkan senarai nama yang telah didaftarkan di peringkat rancangan untuk semakan dan sokongan dengan mengambil kira kelayakan pemohon di peringkat rancangan melalui Jawatankuasa Penapisan dan Pemilihan di peringkat Wilayah.

Tanah Rancangan

Pengurus Rancangan akan mengendalikan program ‘pendaftaran’ untuk membolehkan generasi baharu FELDA yang berminat membeli rumah yang dibangunkan dengan mengisi borang permohonan terhad yang disediakan. Pengedaran borang terhad adalah percuma dengan nombor siri yang ditetapkan. Kesemua borang pendaftaran yang telah diisi perlu dikembalikan ke pejabat tanah rancangan berkenaan. Pengurus Rancangan akan membuat tapisan awal melalui Jawatankuasa Penapisan dan Pemilihan (Peringkat Rancangan) berdasarkan kelayakan asas yang diperlukan untuk pembelian rumah tersebut.

perumahan felda 4

 

Tags: #FELDA Properties Sdn. Bhd #Jabatan Perumahan FELDA #Pembangunan Perumahan Generasi Baharu FELDA #Perumahan Warga FELDA #PGBF #PWF #Rumah Generasi Kedua Felda #Rumah Pasang Siap