Panduan Jadual Kadar Tarif Elektrik Terkini TNB 2016

943 views
Panduan Jadual Kadar Tarif Elektrik Terkini TNB 2016

Panduan Jadual Kadar Tarif Elektrik Terkini TNB 2016

Pihak TNB careline telah menasihatkan orang ramai untuk memberikan no akaun TNB untuk semakan.

Berkenaan bil tinggi, mohon pm kepada pihak kami nombor akaun untuk semakan pihak kami. Terima kasih.

Jadual Kadar Tarif Elektrik Terkini TNB 2016 

Berikut dikongsikan kadar tarif elektrik TNB untuk Semenanjung Malaysia bagi kategori A : Kediaman untuk panduan semua. Kadar ini berkuat kuasa bermula 1 Januari 2016.

A. Kategori Kediaman

KATEGORI TARIF UNIT KADAR SEMASA (1 JANUARI 2016)
200 kWh pertama (1 - 200 kWh) sebulan sen/kWh 21.8
Untuk 100 kWh berikutnya (201 - 300 kWh) sebulan sen/kWh 33.4
Untuk 300 kWh berikutnya (301 - 600 kWh) sebulan sen/kWh 51.6
Untuk 300 kWh selanjutnya (601 - 900 kWh) sebulan sen/kWh 54.6
Untuk kWh berikutnya (901 kWh ke atas) sebulan sen/kWh 57.1

* Nota : Caj Minimum bulanan adalah RM3.00

Sumber : TNB  

Cara Mengira Bil Elektrik Online

Berikut dikongsikan juga cara mengira bil elektrik TNB secara online. Anda boleh menggunakan kalkulator pengiraan ini untuk mengira anggaran penggunaan elektrik anda dalam tempoh 30 hari. 

Nota : Sila ambil perhatian bahawa kalkulator bil ini adalah untuk tujuan garis panduan sahaja, dan jumlah bil sebenar anda mungkin berbeza daripada yang dinyatakan dalam kalkulator ini.

Langkah Pengiraan  

  1. Layari Laman Web TNB di TNB Residential Billing dan klik BILL CALCULATOR 
  2. Isi Kategori : Domestik
  3. Isi Jumlah Penggunaan (kWh) : ? kWh
  4. Tekan Calculate Bill
  5. Jumlah Bil Semasa dan ringkasan pengiraan bil eletrik akan dipaparkan

Cara Hubungi TNB

Untuk sebarang masalah sila hubungi TNB di salauran berikut :-

no hotline tnb


Adalah menjadi harapan rakyat Malaysia agar Kadar Tarif Elektrik Terkini TNB tidak dinaikkan dengan mengambil kira keadaan ekonomi dan kos kehidupan yang tinggi masa kini.

Tags: #Kadar Tarif Elektrik Terkini #TNB careline #TNB Residential Billing