Panduan Kemas Kini BR1M 2017 Secara Online Dari 5 Hingga 31 Disember 2016

299 views

bantuan-rakyat-satu-malaysia

Pengemaskinian maklumat peribadi penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada iaitu yang pernah menerima bantuan tersebut sebelum ini perlu dibuat bagi memastikan penerima tidak tercicir daripada menerima bantuan pada tahun 2017. Sila baca artikel Panduan Kemas Kini BR1M 2017 Secara Online dari 5 hingga 31 Disember 2016.
Setiap penerima BR1M sedia ada akan menerima surat pemberitahuan yang memaklumkan supaya mengemaskini bagi memastikan permohonan mereka dapat diproses dengan sempurna berdasarkan maklumat terkini.

Panduan Kemas Kini BR1M 2017 Secara Online dari 5 hingga 31 Disember 2016

Berikut adalah maklumat berkaitan dengan pengemaskinian BRIM 2017 bagi penerima sedia ada yang mahu atau perlu membuat kemaskini butiran mereka.

pembayaran-brim-2017

Berikut adalah maklumat berkaitan dengan pengemaskinian BRIM 2017 bagi penerima sedia ada yang mahu atau perlu membuat kemaskini butiran mereka Tidak Perlu Membuat Permohonan Baru.

  1. Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016.
  2. Sila klik Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 di semua Cawangan LHDNM. Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 di semua Cawangan LHDNM.
  3. Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
  4. Tarikh akhir penunaian baucar BR1M 2016 telah dilanjutkan oleh MOF sehingga 15 Disember 2016.
  5. MOF telah menetapkan tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2016 adalah pada 31 Januari 2017.

sebab-perlu-kemaskini-br1m

 

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BR1M 2017

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
    Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.
    Kemukakan Salinan:
  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  4. Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  5. Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.

Sila Kemaskini >> BR1M 2017 Secara Online <<

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2017

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.
Waris perlu membawa dokumen asal berikut:

Sijil Kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Kad Pengenalan Asal Waris.

PERINGATAN KEPADA SEMUA

MOF telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG PALSU berkaitan BR1M di media sosial seperti berikut:
a. http://brim-hasil.net/
b. https://www.facebook.com/BR1M3/

Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.
Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

NOTIS AMARAN (SMS) PALSU BR1M

AMARAN LHDNM BERKENAAN E-MEL DAN SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) PALSU BR1M

Cyberjaya, 17 Oktober – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menerima pertanyaan daripada pemohon dan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mendakwa dihubungi secara e-mel atau pesanan ringkas (SMS) berkaitan BR1M daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai LHDNM (BR1M) yang menawarkan langganan
insurans BR1M (i-BR1M) atau membuat semakan status kelulusan BR1M.

LHDNM mengesahkan bahawa pihak kami TIDAK mengeluarkan apa-apa e-mel atau pesanan ringkas melalui pegawai LHDNM (secara individu) kepada pemohon atau penerima BR1M.

Justeru, kami menasihatkan semua penerima e-mel dan sms palsu tersebut agar menghapuskannya dan tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap apa-apa arahan yang terkandung di dalamnya. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari https://ebr1m.hasil.gov.my/

Sampel sms yang telah diterima:

sample-sms-brim1

sample-sms-brim2

Sila Kemaskini >> BR1M 2017 Secara Online <<

 

 

 

 

 

Tags: #Bantuan Rakyat 1Malaysia #BR1M 2017 Online #Kemas Kini BR1M 2017 Online #Panduan Kemas Kini BR1M 2017 #SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2017 #SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BR1M 2017