Panduan Membeli IPhone Terpakai @ Secondhand

1152 views

Apabila Apple mengumumkan penjualan siri Iphone terbaru, mesti terlihat banyak iklan di mudah dot com yang menjual Iphone terpakai. Rata-ratanya banyak yang menjual iphone yang telah tamat waranntinya. Tetapi oleh kerana ketahanan gadgetnya yang rata-rata diketogorikan amat baik, ramai beranggapan ai adalah masa untuk merasa menggunakan produk dari Apple tersebut.

Sebelum anda melabur wang gaji anda atau meminta ayah anda untuk membelikan iPhone terpakai untuk teman wanita anda, sila baca 5 tips ini:

5 Panduan Membeli iPhone Terpakai

1. Keadaan Luaran

iPhone baru akan berada dalam kondisi sempurna tanpa sebarang calar. Tidak patut anda mengharap iPhone terpakai juga mempunyai kondisi yang sama. Cuma pastikan tiada calar teruk dan lekuk pada bahagian luaran. Pastikan juga tiada sumbing dan keretakan pada skrin LCD.

Anda juga perlu memeriksa tanda merah pada tray sim kad, untuk iPhone 5 keatas, atau pada sambungan 30-pin/headphone jack’, untuk iPhone 4s kebawah, untuk memastikan iPhone terpakai tersebut tidak selalu terdedah kepada kelembapan tinggi. Jika terdapat tanda merah tersebut, maka jaminan iPhone tersebut akan terbatal.
Lihat juga nombor imei untuk iPhone 5 keatas atau nombor siri untuk 4s kebawah pada penutup belakang dan bandingkan nombor-nombor tersebut pada perisian iPhonetersebut, kotak yang akan diberikan dan tray sim kad. Ini untuk memastikan penutup belakang yang disertakan adalah penutup asli.

 

Iphone terpakai guide

Iphone terpakai guide

 

2. Perkakasan (Hardware)

Uji tempat pengecasan, headphone jack dan camera untuk memastikan perkakasan tersebut dalam keadaan baik. Buat beberapa panggilan telefon untuk menguji mikrofon dan speaker. Sambungkan iPhone tersebut dengan wifi dan langganan data. Muat turun aplikasi Dead Pixel Tester untuk menguji pixel mati pada skrin LCD.

Terdapat juga kes dimana pemilik menggantikan skrin LCD asli kepada skrin LCD tiruan. Skrin tiruan selalunya mempunyai kepadatan pixel yang lebih rendah dari skrin LCD asli. Ujian boleh dibuat dengan melayari laman web dpi.lv untuk membanding skrin LCD iPhone tersebut dengan spesifikasi sebenar.

iphone terpakai gude 2

3. Jangka Hayat Bateri

Anda boleh mengetahui jangka hayat bateri iPhone dengan muat turun perisian iBackupBot 4.0 (tutorial) pada computer anda atau muat turun aplikasi Battery Life pada iPhone tersebut. Selepas memuat turun, rujuk perkataan Battery Current Capacity. Kapasiti yang kurang dari 100 bermakna bateri iPhone tersebut menyimpan kuasa kurang dari kapasiti sebenar dan menunjukkan jangka hayat iPhone tersebut.

Iphone terpakai guide battery charge

4. Ubah Apple ID

Ini Adalah perkara terpenting sebelum anda membeli iPhone terpakai untuk mengelakkan iPhone yang dibeli menjadi penyendal pintu atau penanda buku. Jika anda tidak mengubah Apple ID pemilik terdahulu, anda akan menghadapi masalah ketika hendak restore atau menaik taraf iOS iPhone tersebut. Ia juga penting untuk memastikan iPhone tersebut bukan iPhone curi. Untuk mengetahui cara mengubah Apple ID sila ikuti tutorial ini.

Iphone terpakai guide Activated

5. Periksa Jaminan (warranty)

Jika iPhone yang dijual masih dalam jaminan. Maka anda perlu memeriksa jaminan tersebut di dalam laman web Apple. Selalunya iPhone terpakai yang masih didalam jaminan akan dijual lebih mahal.

Selamat membeli.

Tags: #iPhone terpakai malaysia #panduan membeli iphone secondhand #Panduan Membeli iPhone Terpakai #puanduan iphone terkini

  1. author

    Ema Rohemah1 year ago

    walaupun blom bisa beli iPhone karena dananya blom cukup hehehe…akan tetapi artikel ini sangat bermanfaat, semoga bisa beli hehhee

Author: 
    author