Panduan Meniaga Online Di Shopify Dan Mengapa Shopify Malaysia?

448 views

Siri Pertama Panduan Meniaga Online di Shopify.

Apa itu Shopify? Mungkin ramai yang telah tahu dan telah memulakan platform online shop dari shopify. Untuk lebih memahami, ia sama seperti open cart yang lain , magento, presta, tetapi shopify merupakan salah satu platform online e-commerce berbasis cloud.
Kini shopify telah hadir kepada seluruh penjual-penjual online di Malaysia. Dalam siri pertama Panduan Meniaga Online di Shopify saya akan kongsikan kelebihan platform online e-commerce secara ringkas dan santai.

Panduan Meniaga Online di Shopify dan Mengapa Shopify Malaysia

Panduan Meniaga Online di Shopify dan Mengapa Shopify Malaysia

 

Shopify Amat Berbeza dengan platform Online Shop yang lain. Mengapa?

Design Benefit dari Shopify Terbaik:

Shopify menyediakan template-template themes yang dapat digunakan baik berbayar maupun yang percuma.

Jikalau kita tidak sesuai dengan template yang ditawarkan, kita juga boleh mereka custom template kita sendiri. Pembuatan custom memerlukan pengetahuan teknik. Bagi pemula sangat disarankan untuk menggunakan template yang sedia ada dan tinggal mengganti elemen-elemen yang tersedia.

Customer Control Shopify Yang Hebat:

Berbeza dengan Amazon, eBay, TeeSpring dan GearBubble, anda tidak dapat memiliki data customer anda. Dengan menggunakan platform online Anda sendiri, maka anda dapat memiliki database customer.

Database customer ini yang dapat dihubungkan dengan teknik list building. Dimana setiap ada informasi berita, produk dan perkhidmatan terbaru dapat langsung di-informasi-kan melalui email.

Shopify App Memudahkan Kerja Anda:

Fungsi dan ciri-ciri bawaan dari Shopify sebenarnya sudah cukup untuk e-commerce. Kelebihannya dari shopify adanya third party app. Third party app bisa bermacam-macam dan melengkapi ciri shopify.

Bagi Anda pengguna wordpress pasti mengerti soal plug-in. Plug-in ini adalah app third party dalam shopify. Ada appstore mini dalam ekosistem shopify sendiri yang dapat kita gunakan dengan mudah.

Shopify berhubung bersama Social Media Integration:

Ini adalah yang amat saya minati. Amat memudahkan dalam mempromosi produk kita dan mendapat jualan dengan mudah. Dengan ada-nya aplikasi Facebook Store Tab, Pinterest Buy Button, dan Social App dengan contoh “Share for Discount”.

Layanan Server Shopify amat sangat dipercayai:

Shopify menggunakan sistem cloud, oleh kerana itu amat jarang sekali dalam setahun berlakunya buat down. Customer supportnya pun juga okay. Saya juga pernah ditelepon oleh shopify dengan supportnya orang Malaysia dan berbahasa Malaysia.

Ease of Use Shopify :

Ertinya mudah digunakan. Tampilan front end dan dashboard backend nya sangat mudah digunakan. Bahkan untuk newbie, ianya amat mudah.

Demikian perkongsian ringkas 6 keunggulan setelah saya menggunakan Shopify. Semoga apa yang saya terangkan cukup bermanfaat.

Anda boleh komen dibawah ini bertanya tentang Shopify lebih lanjut. saya akan cuba menjawapnya.

Dapatkan tutorial lengkap Shopify dan case study RM 40 000 sebulan di SHOPIEVO - Evolusi E-commerce

shopify-test

Tags: #cara mudah guna shopify #Panduan Meniaga Online di Shopify #Shopify bantu niaga online #shopify bayar guna ipay88 #Shopify Malaysia #website jual barang mudah shopify