PANDUAN MUDAH MENEMPAH TAXI UBER MALAYSIA – SELAMATKAH DENGAN UBER!

5474 views

Perkhidmatan yang semakin viral dan menjadi semakin popular kini #ubermalaysia turutama di kawasan Lembah Klang khasnya. tetapi yang mula menjadi persoalan buat pengguna adakah dengan perjalanan menggunakan Uber Malaysia menjamin keselamatan anda? Adakah anda dilindungi dengan insuran semasa menaiki Uber Malaysia? Diharap pihak berkuasa dapat menimbangkan pemasalahan ini.

Uber Malaysia Cara Mudah Guna Uber

Uber Malaysia Cara Mudah Guna Uber

Banyak rungutan telah dibuat oleh pemandu teksi bandar dengan kehadiran Uber yang kelihatannya telah mula mengugat pendapatan seharian mereka. Malah telah diadakan mogok secara besar-besaran di Bukit Bintang oleh pemandu Teksi yang sudah tidak lagi boleh bertahan dengan situasi yang begini. Tetapi tiada lagi perubahan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menangani masalah ini. Adakah penumpang sudah bosan dengan gelagat pemilik dan pemandu teksi yang saban tahun menaikkan harga tambang semasa teksi. Dalam keadaan ekonomi yang dilihat semakin meruncing, pengguna lebih berminat untuk menggunakan perkhidmatan Uber Malaysia yang nampaknya lebih murah dan lebih selesa. Apa-pun diharap pemandu teksi lebih baik berdaftar dengan Uber Malaysia atau GrabCar yang dirasakan lebih mesra penumpang.

Bagaimana Menempah Kereta Uber Malaysia

Panduan ringkas bagaimana menempah Uber Malaysia ini adalah untuk mereka yang kali pertama dan masih lagi tidak tahu bagaimana cara membuat tempahan.

Cara mudah Guna Uber Malaysia

Cara mudah Guna Uber Malaysia

Pertamanya anda perlu tahu Uber Malaysia mempunya 3 Pilihan jenis kereta seperti di bawah :-

UBERX MALAYSIA

  • Untuk pilihan tambang yang paling murah dalam Uber Malaysia iaitu MYR0.60 per KM atau MYR0.25 per minute.
  • Pilihan kereta Perodua MyVi, Toyota Vios dan Nissan Almera .

UBERXL MALAYSIA

  • Tambang antara MYR0.75 per KM atau MYR0.40 per minit.

UBERBLACK MALAYSIA

  • Tambang antara MYR1.40 per KM atau MYR0.50 per minit.
  • Pilihan kereta termasuk Honda CR-V, Nissan Teana, Peugeot 508, Toyota Alphard and Toyota Camry dan beberapa yang lain.

Perkara paling utama untuk menempah Uber Malaysia adalah melakukan pendaftran di website UberKemudian anda perlu memuat naik aplikasi Uber di telifon anda mengikut jenis aplikasi dibawah :-

 

 

 

 

 

Perkhidmatan UBER MALAYSIA disukai pelanggan Lembah Klang WALAUPUN BAHAYA MENANTI!

Sementara kita bersimpati dengan persatuan pemilik/pemandu teksi yang berasakan kehadiran Uber menjejaskan perniagaan/pendapatan mereka, kewujudan perkhidmatan berasaskan teknologi seperti ini tidak boleh disekat selagi pengguna menyukainya. Perkhidmatan Uber sebenarnya hampir serupa dengan pengendali tempahan hotel atau tiket pesawat penerbangan menerusi talian di mana pengguna mempunyai banyak pilihan pada harga jauh lebih rendah. Memang kehadiran Uber turut menerima bantahan di beberapa negara termasuk pengusaha 'Black Cab' di London pada awal operasinya. Minggu lalu, pendakwa raya California, Amerika Syarikat memfailkan saman ke atas Uber ekoran kes rogol oleh pemandu 'teksi'nya di India, selain beberapa tuduhan termasuk mencederakan penumpang di San Francisco. Di Sepanyol, Mahkamah Madrid mengarahkan larangan sementara ke atas Uber yang didakwa tidak mempunyai kebenaran mengendalikan perkhidmatan berkenaan.

Di Thailand, Jabatan Pengangkutan Darat negara itu mengeluarkan larangan serupa dengan alasan aplikasi Uber tidak berdaftar dan tiada insurans untuk menjalankan perdagangan. Sistem pembayaran kad kredit yang digunakan Uber dikatakan tidak mematuhi peraturan. Kita bersetuju pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Uber jika khidmatnya di negara ini melanggar peraturan dan undang-undang negara. Bagaimanapun, jika perkhidmatan itu tidak melanggar peraturan, Uber atau apa saja perkhidmatan yang memberi keselesaan dan penjimatan kepada pengguna, harus diberi sokongan. Barangkali dengan cara itu, perkhidmatan pengangkutan awam terutama teksi di Lembah Klang, terpaksa memperbaiki mutu perkhidmatan, sekali gus menghapuskan pelbagai tanggapan negatif terhadap mereka selama ini. Biarlah pengguna menjadi hakim dengan memilih perkhidmatan terbaik pada harga lebih rendah.

Incoming search terms:

  • cara pesan uber malaysia

Tags: #apa itu uber #apa itu uber driver #apa itu uber taxi #Bahaya guna perkhidmatan Uber Malaysia #cara menggunakan uber taxi #cara menjadi driver uber #Cara pesan uber taxi #daftar pemandu Uber #daftar taxi uber #daftar uber taksi #panduan uber malaysia #pembayaran uber taxi #Uber Malaysia Cara Mudah Guna Uber #uber taxi adalah #UBERBLACK MALAYSIA #UBERX MALAYSIA #UBERXL MALAYSIA

  1. author

    zara1 year ago

    bagus UBER ni..rakyat Malaysia dah ada pilihan selain terpaksa mengambil teksi kan..

Author: 
    author