Panduan Pakar Mulakan Perniagaan Online Dan Untung Berganda-Ganda

416 views
Panduan Pakar Mulakan Perniagaan Online

Panduan Pakar Mulakan Perniagaan Online

Tahniah, anda berminat dengan halaman ini. Panduan ini saya tulis percuma buat anda. Anda bakal Usahawan Online Berjaya kerana kehalaman Panduan Pakar Perniagaan Secara Online. Setidaknya anda membuka minda untuk ingin lebih tahu.

Saya menulis untuk bantu anda. Masih banyak mereka diluar sana yang tidak faham konsep perniagaan atas talian secara asas dan asyik bertanya pada saya. Jesturu, halaman ini buat mereka yang ingin tahu dan mahu memulakan pernigaan. Saya yakin selepas membaca halaman ini, anda sudah mula meniaga. Bukan seperti mereka yang asyik bertanya;

"Bagaimana memulakan sebuah perniagaan secara online tanpa produk sendiri?"

Tetapi tidak mahu bermula. Yang ketinggalan tetap akan jauh kebelakang. Harap anda faham.

"Tak kenal maka tak cinta".

Begitu juga dengan perniagaan online. Banyak orang luar sana kata peniagaan ini amat susah dan perlu modal tinggi.
Salah sama sekali. Kita banyak dimomokkan dengan kejayaan penjual ataws talian mendapat keuntungan lima (5) hingga enam (6) angka. Tetapi semuanya bermula dengan zero (0). Kejayaan mereka didorong oleh MINSET dan KESUNGGUHAN yang berterusan.

Tiada apa pun formula untuk kekal berjaya, kerana kejayaan itu ada dalam diri anda sendiri.

Bagaimana Untuk Mula Berniaga Secara Atas Talian?

Sebelum terjun ke dunia ini anda mesti kenal secara mendalam apa itu berniaga online dan apa itu pemasaran online. Bagaimana anda bertindak dan bagaimana anda melakukan. Sangat jarang ada perniagaan yang berjaya hanya dengan bergantung kepada modal tinggi, apalagi di perniagaan online. Perniagaan itu berjaya kerana sistem dan teknik yang benar-benar terpecaya. Hal ini anda perlu mendapatkan guru pakar untuk memahami secara lanjut.

Antara guru dan informasi berkaitan ada di sini :

1. Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)
2. Puan Ainon (PTS)
3. Majalah Niaga (Sumber Informasi Usahawan)
4. Tuan Zeo Unic (Pakar blog dan SEO)
5. Azian Bin usman (Pakar Dropship & Affiliate)

Perniagaan online itu sangat banyak macamnya, bahkan kalau disebutkan satu-persatu akan membuat anda kebingungan. Yang akan saya jelaskan di sini adalah jenis perniagaan yang saya kenal dan sangat popular di Malaysia malah dunia juga. Walaupun saat ini saya hanya fokus pada tiga (3) jenis perniagaan atas talian seperti :

1. Pemasaran Afiliasi (Affiliate Marketing)
2. Penulis kandungan (Content Publishing)
3. Khidmat laman web (Web Service)

tapi saya pernah mempelajari beberapa jenis bisnis online lainnya. Nanti akan saya jelaskan.

Mindset Untuk Berjaya Sebagai Peniaga Online

Perlu difahami proses belajar itu memakan masa yang panjang, bahkan ianya memerlukan dana. Terpenting bagi saya adalah MINDSET Anda. Perniagaan online ini bukan skim cepat kaya, apalagi kalau anda masih baru.

Orang baru selalunya tidak fokus. Mereka cepat gagal dan mengeluh. Adakah anda seperti itu?

Jika anda seperti itu sila ke page Puan Ainon (PTS) untuk lebih motivasi.

Perlu anda faham bukan semua perniagaan atas talian ini sesuai untuk anda. Mungkin hanya ada satu atau dua yang benar-benar sesuai. Perkara ini bergantung pada minat dan kemampuan yang anda milik. Lebih cepat memahami diri anda, adalah paling sangat membantu untuk memulakan perniagaan jenis ini.

Pilihan yang tepat akan menguntungkan anda. Seorang pereka grafik seharusnya memulakan khidmat jualan perkhidmatan grafik bukan menjual sabun. Cara ini anda lebih mudah memasarkan kemahiran anda dan sebaliknya. Untuk Khidmat jualan perkhidmatan anda perlukan contoh kerja untuk pelanggan menilai. Profile kerja anda yang menarik akan menghasilkan jualan.

Begitu juga untuk yang menjual produk. Sediakan testimoni produk dan website atau minisite jualan. Facebook page pun sudah cukup untuk mula menjual. Anda jangan buang masa belajar tentang minisite dan website. Itu bukan kepakaran anda. Banyak khidmat minisite yang ada diluar. Anda fokus pada jualan produk sahaja. Baru anda fokus dan berjaya.

Saya benar-benar yakin jika anda faham konsep ini, anda sudah boleh mula berniaga secara online sekarang. Semuanya mudah dan sedikit dana diperlukan untuk bermula.
Adakah anda tahu, saya bermula tanpa modal. Untung yang ada, saya gunakan untuk berkembang.

Sekarang saya minta anda membaca bahagian ini kembali secara berulang-ulang untuk anda faham.
Jika ada soalan sila kemukakan diruangan komen.
Saya akan bantu anda. Anda mungkin akan lebih berjaya.

Akan datang, Saya akan kongsikan Jenis Perniagaan Online (atas talian) yang menjamin ada berjaya buat jualan. Harap anda terus bersama Terviral | Panduan Viral Terkini.

Tags: #Belajar berniaga dropship #Belajar dengan Puan Ainon PTS #Berniaga tanpa produk online #Content Publishing Malaysia #Mulakan Perniagaan Online #Panduan pakar perniagaan Online #Pemasaran Affiliate Malaysia #Perniagaan online malaysia

  1. author

    raihanah1 year ago

    tu dia memang baguih la.

    • author

      admin1 year ago

      Saya ada jumpa team Shaklee yang hebat. Mereka ada MINSET yang jelas.

Author: 
    author