Panduan Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan Di LPPSA

690 views

Pinjaman Perumahan Pekerja Sektor Awam terkini 2016 di Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

pinjaman-perumahan-kerajaan-terkini
Ok..Ramai kakitangan awam yang berhasrat membeli rumah yang bertanya seperti berikut

"Bagaimana nak memohon pinjaman perumahan untuk pekerja kerajaan?"

Masih ramai lagi yang tidak mengetahui cara untuk memohon pinjaman yang disediakan oleh kerajaan kepada pekerja sektor awam khasnya kepada meraka yang baru diserap sepenuhnya.

Untuk pengetahuan,

sebelum ini pinjaman perumahan diuruskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) tetapi bermula tahun 2016 BPP atau Bahagian Pinjaman Perumahan telah dinaik taraf ke Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Ini adalah untuk menaik taraf sistem dan memudahkan pemohonan.

Sedikit panduan untuk anda yang berhajat membeli rumah dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan ini ysng dikongsikan oleh pakar dalam bidang hartanah di Malaysia:

Kelayakan Pinjaman Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam

Perkara paling penting ialah menyemak kelayakan maksimum bagi jumlah pinjaman yang dibenarkan. Jumlah pinjaman ini ditentukan oleh gred jawatan semasa anda. Untuk ini anda dinasihatkan berhubung dengan pihak LPPSA secara terus atau ke laman sesawang rasmi LPPSA seperti di bawah ini ;

LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM
(Formerly known as Bahagian Pinjaman Perumahan)
TALIAN UTAMA : 03-88801600
TALIAN FAX : 03-88801801

http://www.lppsa.gov.my/

Harga Pasaran Rumah

Perkara ini amat ditekankan kepada semua kakitangan awam. Sebab masalah timbul apabila rumah yang anda beli itu lebih tinggi dari harga pasaran. Sekiranya ini berlaku maka anda perlu menggunakan duit poket sendiri bagi membayar lebihan yang tidak dicover oleh pinjaman anda. Semakan harga pasaran boleh dibuat di pejabat Jabatan Penilai dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di satu-satu daerah. Contoh di daerah Hulu Langat, pejabat JPPH di PKNS Bangi. Dapatkan info rumah seperti jenis rumah, alamat penuh, luas tanah, luas bangunan dan detail renovation. Lagi bagus sekiranya ambil gambar sekali.

Earnest Deposit atau Wang Pendahuluan

Pembayaran earnest deposit atau booking juga perlu dibuat dengan berhati-hati. Sekiranya anda berurusan dengan ejen hartanah berdaftar, pastikan banker cheque atau bayaran dibuat atas nama agensi hartanah. Sekiranya pembelian terus dengan pemilik rumah, anda boleh buat bayaran earnest deposit. Pastikan ada surat pembayaran di mana anda dan pemilik rumah tandatangan surat tu. Nak lebih selamat buat bayaran booking melalui peguam anda.

Peguam Hartanah

Seterusnya anda perlu lantik peguam hartanah bagi menyediakan surat perjanjian jual beli atau sales purchase agreement (SPA) dan surat perjanjian pinjaman atau loan agreement. Selepas SPA ditandatangani oleh anda dan penjual, baru anda boleh buat permohonan online di website LPPSA.

Kos Pembelian Rumah

Apabila anda menggunakan pinjaman perumahan kerajaan, anda perlu sediakan duit poket sendiri bagi kos :

i – peguam untuk surat perjanjian jual beli (SPA).
ii – peguam untuk surat perjanjian pinjaman perumahan (loan agreement).
iii – duti setem pindah milik Memorandum of Transfer @ (MOT). Bagi kira duti setem MOT sila ke Kalkulator MOT. Bagi kira fee peguam bertauliah sila ke Kalkulator Peguam Hartanah. Kalkulator ini hanya mengira fee profesional sahaja. Anda boleh mencari dilaman sesawang untuk Kalkulator MOT dan Kalkulator Peguam Hartanah atau di laman sesawang ini.

Terdapat juga kos-kos tambahan atau disbursement. Perkara ini bergantung kepada sesuatu hartanah yang kita pilih. Oleh itu dicadangkan anda terlebih dahulu dapatkan quotation atau kata lainnya sebut harga daripada peguam hartanah yang anda rasa yakin. Paling penting pastikan anda mendapat khidmat nasihat terlebih dahulu tentang sesuatu hartanah dan membuat kaji selidik yang benar-benar sahih tentang pembangunan yang akan datang di kawasan tersebut.

Diharap tulisan kali ini bermanfaat untuk anda dan kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.

Tags: #Kalkulator MOT #Kalkulator Peguam Hartanah #Kos Pembelian Rumah Kakitangan Awam #Panduan Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan di LPPSA #peguam untuk surat perjanjian jual beli #pejabat Jabatan Penilai dan Perkhidmatan Harta #Wang Pendahuluan pinjaman perumahan kerajaan