Panduan Rahsia Sukses Mengatasi Kos Kehidupan Yang Meningkat

337 views
Panduan Rahsia Sukses -terviral.xyz

Panduan Rahsia Sukses

Kos kehidupan yang meningkat saban tahun menjadi masalah. Bagaimana mengatasinya, menjadi persoalan baik pada saya dan juga anda. Mungkin terlintas dalam kotak fikir anda untuk mula mencari kerja separuh masa yang sesuai dengan kemahiran tersendiri. Segalanya bukan mudah untuk kita membuat pilihan yang tepat dalam masa kita terdesak. Solusinya sentiasa tidak sesuai dengan apa yang kita jangkakan.

Lazimnya kita akan mula menunjing jari kepada pihak lain apabila perkara ini berlaku. Kita masih tidak cuba melihat diri sendiri dan bertanya apakah ini sememangnya takdir? Anda perlu tahu sesungguhnya untuk menentukan dan melakukan perubahan sebenarnya bukan didalam kekuasaan anda. Adakah perlu memotong kos perbelanjaan untuk terus hidup bersama gelombang kehidupan yang tidak stabil dan sampai bilanya akan tetap mencengkam kotak fikir.

KESUSAHAN itulah yang sebenarnya mengajar ERTI KEHIDUPAN dan Sesungguhnya selepas KESUSAHAN itu ada KESENANGAN.

Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kesempitan dan kemiskinan.

Kita sering mempersoalkan, Ya Allah, kenapa semua ini terjadi pada aku, sedangkan hati ini tidak menginginkannya ?, kenapa berat sangat ujian ini ? dan bagaimana untuk aku menghadapi semua ini ?

SESUNGGUHNYA...

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya.
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Perkara Yang Menentukan Perubahan Menjadikan Anda Luar Biasa

Apabila berdepan dengan situasi berkaitan kewangan , ianya tidak boleh di selesaikan dengan emosi dan perasaan. Ramai yang marah dengan situasi yang sedang berlaku tetapi perasaan amarah tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Masalah kewangan perlu di tangani dengan formula matematik, bukannya emosi dan bukan perasaan.

Persekitaran memainkan peranan yang sangat besar dengan kos sara hidup, Selain dari faktor pendapatan dan perbelanjaan. Empat (4) perkara yang sentiasa perlu kita lihat adalah;

1. Tempat tinggal
2. Tempat Kerja
3. Kenderaan
4. Gaya hidup

Empat (4) perkara diatas ini akan meningkatkan kos perbelanjaan anda. Sebagai contoh, orang yang boleh berjalan kaki ke tempat kerjanya mempunyai kos pengangkutan yang sangat rendah berbanding dengan mereka yang memerlukan kenderaan (sendiri atau awam) ke tempat kerja. Begitu juga mereka yang bekerja sendiri di rumah mempunyai kos yang jauh lebih murah berbanding dengan yang berulang-alik ke pejabat setiap hari.

Hanya dua (2) solusi sahaja yang boleh di lakukan samaada mencari pekerjaan baru yang hampir dengan tempat tinggal atau berpindah rumah hampir dengan tempat kerja. Dari segi matematiknya sangat mudah tetapi sangat berat bagi mereka yang sudah membeli rumah sendiri kerana faktor emosi yang sangat besar. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai kenderaan sendiri yang masih mempunyai bayaran bulanan kenderaan, segalanya amat sukar kerana faktor emosi dan perasaan biarpun dari segi matematiknya amat menguntungkan.

Bagi yang berani berubah boleh melakukan perkara berikut :-

1. Pindah berdekatan dengan tempat kerja

2. Sewakan rumah yang anda sewa kepada penyewa :
2.1 Sewa rumah untuk anda tinggal
2.2 Guna 1 bilik , manakala bilik-bilik yang lain di sewakan pada penyewa lain
2.3 Jika di lakukan dengan betul , anda boleh dapat tempat tinggal percuma.

3. Cari pekerjaan baru yang boleh memenuhi kriteria diatas

4. Bekerja dari rumah (terbaik)

5. Miliki kenderaan sendiri yang bebas hutang

Dalam merangka strategi kewangan, samaada meningkatkan pendapatan atau mengurangkan perbelanjaan , lihat juga kesan tanpa duga yakni kesan-kesan sampingan lain yang diluar kotak fikir. Kita tidak mahu usaha mengurangkan perbelanjaan mendatangkan lebih kemudaratan dari kebaikkan.Langkah yang dicadangkan ini adalah langkah sementara sahaja, ianya bagi membolehkan wang yang kita dapat diselamatkan ddan dikembangkan melalui proses ini.

Mencipta Peluang Luar Biasa

Sebolehnya kita mencipta peluang yang lebih baik dari cadangan ini. Mulalah bekerja atau berniaga dari rumah secara separuh masa. Mula mencipta peluang-peluang yang luar biasa. Gunakan medium sosial media untuk bermula. Gunakan carian di internet untuk berguru dengan pakar-pakar pemasaran online. Tanpa guru yang betul anda akan lemas dengan cabaran. Wang jika dibeli untuk ILMU akan tetap bertambah dan mendatangkan keputusan yang LUAR BIASA. Inilah kunci sukses dalam mengatasi kos Kehidupan yang meningkat.

 

Dapatkan tutorial lengkap Shopify dan case study RM 40 000 sebulan di SHOPIEVO - Evolusi E-commerce

shopify-test

Moga perkongsian kali ini membantu dan kongsikan tips ini bersama rakan anda.

Tags: #Berniaga dari rumah #kebebasan kewangan #Panduan Rahsia Sukses Kewangan #rahsia bebas hutang #Rahsia Magnet Duit #Tips kewangan peribadi