Panduan Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online Dan SMS

2219 views

Kerajaan menyediakan kemudahan kepada semua pelajar dengan Pinjaman Pelajaran PTPTN. Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu kemudahan pinjaman yang diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam/ IPTA dan IPTS. Setelah anda berjaya dengan segulung Diploma, Ijazah maupun Master adalah menjadi tanggungjawab anda membayarnya kembali. Ini untuk kemudahan mereka yang lain. Kemudahan untuk bakal anak-anak kita. Jadi PTPTN ini hutang yang wajib untuk dibayar. Jangan menangguhkannya nanti makin lama makin bertambah jumlah surcaj pinjaman PTPTN anda. Cuba anda semak Mana tau tiba-tiba anda semak baki di website ptptn. Rupa-rupanya dah tinggal sedikit aja lagi. Baik terus bayar habis sekaligus dengan bonus yang anda dapat kan?

Panduan Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online Dan SMS

Panduan Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online Dan SMS

Bagaimana Menyemak  Baki Pinjaman PTPTN?

Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS. Kini terdapat cara mudah dan pantas buat peminjam untuk mengetahui baki pinjaman pendidikan secara cepat dan tepat dengan menggunakan semakan PTPTN secara online atau SMS. Adalah dinasihatkan agar pelajar dapat membuat pembayaran pinjaman mengikut jadual bagi mengelakkan disenaraikan di CCRIS.

Cara Semak Baki PTPTN

Berikut disertakan langkah-langkah untuk membuat semakan baki bagi memudahkan anda untuk membuat pembayaran balik menurut jadual bagi membolehkan pelajar lain yang memerlukannya dapat menikmati kemudahan pinjaman PTPTN yang sama seperti anda.

Semak Baki PTPTN Secara Online

Semak Baki PTPTN Melalui SMS

  • 1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
  • 2. Hantarkan SMS ke 15888

Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn

Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.

Perkhidmatan Lain PTPTN 

Selain perkhidmatan di atas, PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan semakan seperti berikut :-

  1. Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  2. Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  3. Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
  4. Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i

Untuk menyemak, sila rujuk panduan grafik di bawah ini.

semak ptptn

Semoga panduan Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS ini bermanfaat buat semua.

 

Tags: #bayaran balik ptptn #no pin ptptn #portal ptptn #semak baki bank islam #Semak Baki Pinjaman PTPTN #semak baki ptptn online & Sms #semak baki ptptn ujrah #semakan baki pinjaman ptptn e-fes #semakan baki pinjaman ptptn melalui online #semakan senarai hitam ptptn #SMS Akaun SSPN PTPTN