Panduan Semakan Keputusan UPU SESI 2016/2017 Ke IPTA Secara Online Dan SMS TERKINI

Buat pemohon kemasukan UPU terkini ke Universiti Awam atau Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) sesi 2016/2017 anda boleh menyemak keputusan mulai hari ini 14 April 2016. Diharap pemohonan anda berjaya dan mulalah langkah anda di Universiti Awam. Pastikan anda menyediakan segala kelengkapan yang perlu untuk proses pendaftaran nanti. Selamat berjaya,

Semakan Permohonan UPU Online Sesi 2016-2017

Semakan Permohonan UPU Online Sesi 2016-2017

Semakan UPU ke Universiti Awam(UA)/ Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) bagi sesi pembelajaran 2016/2017. Sila rujuk maklumat di bawah ini untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

Setiap pemohon dinasihatkan melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) bagi mendapatkan sebarang maklumat yang tepat dan terkini mengenai maklumat panggilan temuduga dan keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi sesi akademik 2016/2017

Butiran Tarikh Penting Calon UPU Lepasan SPM / Setaraf

1.Semakan Panggilan Temu Duga - Minggu ke 2 APRIL
2.Hebahan Dan Semakan Keputusan Kemasukan Ke UA/ Politeknik Premier - Minggu ke 2 MEI
3.Hebahan Dan Semakan Keputusan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA - Minggu ke 4 MEI
4.Sistem Permohonan Rayuan Dibuka (Untuk Calon Tidak Berjaya) - Minggu akhir MEI
5.Hebahan Dan Semakan Keputusan Rayuan - Minggu ke 2 JUN

Butiran Tarikh Penting Calon UPU lepasan STPM / Setaraf

1.Semakan Panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) dan Ujian MEdSI - Minggu ke 3 MEI
2.Semakan Panggilan Temu Duga (Pendidikan) - Minggu ke 2 JUN
3.Hebahan Dan Semakan Keputusan - Minggu ke 2 OGOS
4.Sistem Permohonan Rayuan Dibuka (Untuk Calon Tidak Berjaya) - Minggu ke 2 OGOS
5.Hebahan Dan Semakan Keputusan Rayuan - Minggu ke 4 OGOS

Semakan keputusan kemasukan UPU SESI 2016/2017 secara online

Semakan keputusan kemasukan pelajar bagi calon lepasan STPM/setaraf ke IPTA boleh dibuat melalui pautan di bawah.

  1. Portal UPU
  2. Portal UTM
  3. Portal UUM
  4. Portal UMS
  5. Portal UNIMAS

Tags: #pemohon kemasukan UPU terkini