Panduan Tukar Nama Geran Motor Kereta Owner Meninggal Dunia

3212 views

Panduan Tukar Nama Geran Motor Kereta Owner Meninggal Dunia.

 

puspakom tukar geran

Untuk pengetahuan, pihak JPJ hanya benarkan tempoh 2 tahun untuk korang selesaikan proses penukaran nama. Dalam masa 2 tahun tu jugak korang boleh renew insurance seperti biasa & masih under nama si mati. Tapi untuk road tax pulak korang hanya boleh renew setiap setengah tahun & hanya boleh diperbaharui di kaunter JPJ sahaja. Tak boleh kat post office ke myeg ke tau.

 

Tukar hak milik kenderaan pulak terbahagi kepada 2 iaitu:

  • Tukar hak milik secara sukarela 

Melibatkan perjanjian antara penjual & pembeli.

  • Tukar hak milik selain dari sukarela 

          Tukar milik kenderaan yang ditarik balik atau pemilik kenderaan sudah meninggal dunia

 

Jadi dalam kes tuan tanah, jatuh kepada Tukar Milik Selain Dari Sukarela.

 

Mula mula sekali kalau si mati ada tinggalkan wasiat, mungkin lebih mudah procedure nya. Tapi untuk kami sekeluarga, kami mohon di pejabat tanah dibawah department Pembahagian Harta Pusaka Kecil. Ni mungkin tuan tanah akan terangkan dalam entry lain ye. Bila dah selesai proses agihkan harta mengikut nama, korang akan dapat satu surat yang ada kebenaran mahkamah. Simpan elok elok tau.

 

Kembali ke topik asal. Untuk korang tukar hak milik kenderaan di JPJ, korang kena ada beberapa dokumen penting. Boleh tengok kat website JPJ atau boleh tengok rumusan tuan tanah kat bawah ni. Insya Allah saling bantu membantu.

 

1. Borang JPJ K3A yang telah diisi dan ditandatangani oleh pemunya baru (penerima pusaka)
2. 2 salinan TM-3 (tuan tanah isi dua borang)
3. Salinan ic pemunya baru yang menandatangani borang JPJK3A (kena bawa original ic sekali untuk pengesahan thumb print)
4. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2/Geran)
5. Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:
    a. Perintah Mahkamah; atau
    b. Surat Geran Probat (Grant Letter of Probate) atau
c. Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad;atau
d. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil
6. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa
7. Wang tunai sebanyak RM100

 

 

Sebelum korang pegi JPJ, korang wajib bawa kenderaan tu ke Puspakom untuk pemeriksaan & pihak Puspakom akan keluarkan laporan B5 selepas pemeriksaan. Laporan tu korang kena bawa sekali semasa proses tukar nama di JPJ nanti.

 

Untuk buat pemeriksaan ni korang kena call atau email pihak puspakom untuk booking slot waktu korang nak bawa kenderaan. Korang boleh refer sini untuk tengok cara cara nak booking. Selepas beberapa kali call asyik tak dapat je, tuan tanah email je for booking. Isi sesiap borang dan tulis tarikh yang nak pergi. Tak sampai setengah jam dorang dah reply & set kan ke tarikh yang berdekatan dengan tarikh yang tuan tanah nak pergi. Kira dah penuhlah la kot slot yang tuan tanah nak.

 

Sila bawa geran untuk proses pemeriksaan puspakom ye. Macam tuan tanah, buat kat Puspakom Padang Jawa. Masuk je main gate (bukan gate yang nak pergi JPJ tu ye. ni yang berdepan dengan Restoran Pelita kat Alam Avenue tu) ada satu post guard. Parking kat tepi kejap dan pegi kat post guard tu. Bagi geran & cakap kat kakak/abang yang bertugas tu nak buat inspection untuk tukar nama. Dia akan beri 2 borang untuk isi. Lepas isi dia akan cop bagai pastu boleh la terus bawak kereta dan beratur ikut lorong yang betul.

 

Time ni tuan tanah salah lorong. Nervous punya pasal. Nasib ada satu pakcik teksi yang tengah beratur beritahu. Lorong untuk kereta persendirian di lorong paling kanan ye. Masa ni memang nervous sebab pertama kali & semuanya lelaki kat sini. Memang urusan ni lebih sesuai dibuat oleh lelaki kot. Ramai yang dah keluar dari kenderaan dan lepak lepak satu kumpulan. Kakjem je gigih dengan aircond & kunci pintu. Haha. Rasanya dorang ni kebanyakkan nye runner. Siap boleh gerakkan je kereta orang lain even tuan kereta tu takde.

 

Tengah tengah beratur ni tuan tanah nampak brother kereta belakang ni tengah gigih cabut tinted kereta. Terus panik. Nampak tak gelap pun. Apsal dia cabut. Tak lama lepas tu abang tu dah keluar kereta menuju ke depan. Tuan tanah apa lagi. Menggunakanlah muka yang bajet suci ni dan bertanya. Terus abang tu suruh cabut tinted cermin depan kat dashboard ni. Katanya cahaya kena masuk 70% ke atas untuk cermin hadapan. Dengan sekelip mata abang tu cabutkan tinted kereta tuan tanah. Pehh senang betul bakar duit. kihkihkih

 

Adalah dalam 40 minit beratur baru sampai ke satu lagi post guard untuk bayar inspection fee. Keluar je kereta, bagi geran & 2 borang yang tadi korang dah isi tu. Bayar RM31.80 (RM30 fee + GST RM1.80) dan terus gerak ke laluan no 6.  Resit simpan. Lepas dah bawa kereta ke lorong 6, keluar dari matikan engine, biarkan kunci kat dalam & korang keluar dari kereta ye. Tunggu kereta korang untuk diperiksa. Tak sampai setengah jam dah siap. Korang kena tunjukkan resit tadi untuk ambil balik geran & laporan pemeriksaan bersama kunci kereta sekali. Laporan ni hanya valid sebulan je tau. Selesaikan segala urusan dalam tempoh tu tau.

 

Nota Penting: Pastikan segala ejaan dalam laporan puspakom tu betul especially no engine, no chassis. Mesti sama dengan geran korang tau. Kalau tak betul, sila suruh dorang print baru. Kalau tak, nanti korang kena datang buat inspection baru. Gigih lagi ke nak beratur lagi sekali?

 

Ok dah dapat laporan pemeriksaan, balik rumah berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Nanti tuan tanah share info cara cara tukar nama kat JPJ tu ye.

Incoming search terms:

  • cost tukar nama owner meninggal
  • tukar nama dalam geran motor

Tags: #Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM #Tukar Nama Geran Motor Kereta #Tukar Nama Geran Motor Kereta Owner Meninggal Dunia