Pembebasan Mat Tere Ikut Undang-Undang, Bukan Ehsan

64 views

[ad_1]

KUALA LUMPUR – Pembebasan Muhamad Zul Apis Baharom atau lebih dikenali sebagai Mat Tere daripada tahanan polis Johor hari ini adalah kerana tempoh tahan reman keatasnya sehingga 12 Februari 2017 telah tamat.

Malah, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mendedahkan pihaknya telah terlebih dahulu dihubungi oleh pihak berkuasa dua hari lalu untuk menjemput Mat Tere di Johor Bahru, Johor hari ini.

Justeru, katanya, pembebasan Mat Tere oleh polis hari adalah berdasarkan lunas undang-undang seperti yang dimaklumkan kepada pihaknya dua hari lalu dan bukannya kerana ehsan atau arahan mana-mana pihak.

“Dua hari lalu, pihak berkuasa sudah menghubungi ‘orang kita’ untuk datang mengambil Mat Tere pada 12 Februari 2017 di Johor Bahru. Urusan membantu Mat Tere pulang sudah diurus ‘orang kita’ sejak dua hari lalu.

“‘Orang kita’ diberi peluang bercakap ‘direct’ dengan Mat Tere bertanya khabar. Mat Tere kata dia baik-baik saja cuma terasa sedikit ‘puah’. Mat Tere kata nak balik Kuala Lumpur, bukan Kelantan kerana dia ada ‘Mesyuarat Majlis Tertinggi’,” dedahnya dalam satu kenyataan di Facebook malam ini.

Laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini melaporkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meminta pihak polis supaya membebaskan Mat Tere yang ditahan direman kerana mengeluarkan kata-kata jelik terhadap baginda di Facebook sebelum ini.

Baginda dilapor pergi sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini dan menitahkan agar Mat Tere yang tahanan reman terhadapnya sepatutnya dilanjutkan agar individu itu dihantar pulang ke Kelantan.

Perkara itu dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers berserta beberapa keping gambar Tunku Ismail yang kelihatan turut bersalaman dengan Mat Tere.

Mat Tere ditahan polis di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini kerana didakwa menghina Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan JDT.

Keluarga Mat Tere merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak memanjangkan kes itu kerana mendakwa pemuda berkenaan sebenarnya insan istimewa yang dianiayai pihak tertentu disebabkan kekurangannya.

Sepupunya, Yusrizam Ahmad menjelskan Mat Tere dikategorikan sebagai kurang cerdik dan sering menuruti apa sahaja arahan orang lain tanpa mengambil kira akibatnya

Berikutan itu, Annuar dalam satu kenyataan terdahulu memaklumkan pihaknya akan memberi segala bentuk bantuan yang diperlukan Mat Tere termasuk bantuan guaman sekiranya perlu.

Annuar seterusnya berkata, beliau berharap semua pihak mengambil pengajaran daripada peristiwa itu supaya tidak sewenang-wenang mempersenda atau mengambil kesempatan dari keadaan Mat Tere untuk kepentingan diri.

‘Semua manusia ada maruah masing masing. Kita harus belajar menghormati orang lain. Allah tidak memandang harta, kuasa dan pangkat seseorang kerana yang lebih mulia adalah keimanan dan ketakwaan,” katanya.

Incoming search terms:

[ad_2]

Tags: #bukan #Ehsan #ikut #pembebasan #tere #undang-undang