Peminat JDT Hargailah Penat Lelah TMJ – Tunku Panglima Johor

762 views

Dalam sesuatu kejayaan pasti ada usaha yang berterusan dilakukan oleh seseorang. Begitulah dengan kejayaan Pasukan Kebanggaan Rakyat Johor "JDT". Cuba kita pergi jauh kezaman awal tahun 2000 sehingga 2010. Pasukan bolasepak johor jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pasukan kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan. Pada musim 2006/07, Johor menggabungkan nama pasukan dengan nama penaja dan membentuk nama Johor PBT Pasir Gudang (atau Johor Pasir Gudang). Namun pada tahun 2009, pasukan ini telah menukar semula kepada Johor.

Jika diingat kembali, Pada musim 2010, pasukan ini bermain berjaya mendapat tempat dalam Liga Super Malaysia bersama jurulatih iaitu Nasir Yusof. Namun tugas bekas pemain kebangsaan ini telah digantikan dengan Edres Selamat yang juga bekas pemain Johor. Segala penat lelah ini berlaku seawal mungkin bagi memastikan pasukan JDT berjaya seperti kini.

PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR BUKAN SEKADAR SEBUAH PERSATUAN BOLASEPAK

Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah merekabentuk satu struktur bagi menguruskan sebuah persatuan bolasepak yang bukan sahaja melibatkan pengujudan sebuah pasukan mantap demi merebut kejuaraan, tetapi juga terlibat dalam mendidik generasi muda di Johor untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Ianya direka berlandaskan visi DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, berserta input daripada lagenda bolasepak Johan Cruyff.

Projek bolasepak Johor ini mempunyai tiga objektif utama. Objektif pertama adalah untuk mempunyai sebuah pasukan bolasepak yang berkualiti. Keduanya adalah supaya persatuan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, dan dikenali sebagai sebuah kuasa bolasepak di seluruh Asia dan juga dunia. Ketiga adalah untuk menyatu-padukan rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama, serta menggalakkan generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Peminat Jangan Mudah Membidas Pasukan Johor DT

TUNKU Abdul Rahman Sultan Ibrahim membidas pihak yang lebih berminat mengkritik pemain penyerang Juan Martin Lucero yang tidak menjaringkan gol berbanding keputusan yang dicapai Johor Darul Takzim (JDT).

Tunku Abdul Rahman mengakui beliau tidak bimbang sekiranya JDT menang atau kalah, kerana perkara yang paling utama dibimbangkan adalah sekiranya abangnya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hilang minat terhadap sukan itu.

"Sekarang, biar saya beritahu anda mengapa saya risau. Pemain keletihan, jurulatih keletihan, penyokong juga keletihan.

"Namun, dapatkah anda bayangkan betapa letihnya abang saya Tunku Mahkota Johor? Pernahkah anda terfikir tentang hal tersebut? Ini adalah mengenai seorang individu yang mengambil alih sebuah kelab dan memulakan perancangannya serta membina asas dari detik permulaan," jelasnya menerusi kenyataan dibuat yang dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers.

SAYA TIDAK RISAU SOAL SAMA ADA MENANG ATAU KALAH. YANG MERISAUKAN SAYA HANYALAH SEKIRANYA ABANG SAYA HILANG MINAT...

Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, March 14, 2016

Tunku Panglima Johor itu juga terkilan ada pihak yang sibuk mempertikaikan aksi Lucero dari menghargai kejayaan pasukan itu merangkul Piala AFC di samping mencatat 90 peratus kemenangan awal musim ini.

"Dalam JDT, apabila kita menang, kita semua menang. Apabila kita tewas, kita semua tewas. Itulah JDT," jelasnya.

Sementara itu, pengendali JDT Mario Gomez turut berkongsi kerisauan sama.

"TMJ bukan sahaja perlu berdepan dengan para pesaing dan kritikan lain tetapi baginda juga perlu bersabar dengan sesetengah penyokong sendiri yang tidak menunjukkan tanda-tanda penghargaan dan sokongan," katanya.

Tags: #Diaz #Facebook Johor Southern Tigers #Johor Darul Ta'zim (JDT) #Johor DT #jurulatih Edres Selamat #Lucero #Pasukan Kebanggaan Rakyat Johor #Peminat JDT #Safee #Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim #Tunku Mahkota Johor #Tunku Panglima Johor #urulatih Nasir Yusof