Penghantar Surat Antara Yang Didakwa Ubah Wang Haram RM11 Juta

96 views

[ad_1]

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat dan empat yang lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan salah guna wang milik Maybank Islamic Berhad dan pengubahan wang haram hampir RM11 juta, tiga tahun lalu.

Tertuduh pertama, Noor Hazaini Yahya, 44, didakwa atas tiga pertuduhan iaitu menyalahgunakan wang milik sebuah bank berjumlah RM6.5 juta ke dalam akaunnya.

Dia turut didakwa atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM3.8 juta ke akaun bank miliknya.

Empat yang lain iaitu Nor Yasmi Yahya, 45, Mohammed Khairiz Khalid, 40, Hazrin Izuddin Jamaluddin, 44, dan Awais Khorni Muhammad, 27,  menerima wang haram itu antara RM21 ribu hingga RM3.3 juta dalam akaun mereka.

Bagi tuduhan salah guna wang, pendakwaan dibuat mengikut seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Bagi tuduhan pengubahan wang haram, pendakwaan dibuat mengikut subseksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

[ad_2]

Tags: #antara #didakwa #penghantar #surat #ubah #yang