Penumpang Cemas, Enjin Pesawat Boeing Terbakar

191 views
FLORIDA: Penumpang penerbangan sebuah pesawat Boeing 767 Dynamic Airways cemas selepas enjin pesawat itu terbakar ketika dalam persediaan untuk berlepas.Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan cedera namun, pihak berkuasa tidak mendedahkan butiran lanjut.

Pesawat tersebut dalam persediaan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lauderdale, Hollywood di Florida, Amerika Syarikat menuju ke Caracas, Venezuela.

Ketika kejadian, pesawat itu sedang membawa 101 penumpang dan dijadualkan berlepas pada pukul 12.45 tengah hari waktu tempatan.

Menurut pihak berkuasa, salah seorang penumpang yang cedera dilaporkan mengalami lecur teruk.

Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital.

Manakala 24 lagi penumpang sedang diberikan rawatan selepas mengalami trauma.

Menurut saksi, penumpang menggunakan gelongsor keselamatan untuk turun dari pesawat dan menyelamatkan diri.

 

Pihak bomba bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dengan menyembur air dan buih untuk memadamkan kebakaran.

Kebakaran dipercayai bermula dari enjin sebelah kiri pesawat.

Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat kini sedang menyiasat punca sebenar kejadian.

Lapangan terbang terbabit dibuka semula dua jam kemudian.

Visual panik itu sempat dirakamkan penumpang dari pesawat lain yang sedang bersedia untuk berlepas.

Tags: #Berita terkini malaysia #Dynamic Airways Boeing 767 Engine Catches Fire #terkini 24 jam berita