Perhimpunan Agung Umno 2011 : Ucapan Najib Tun Razak Penutupan Perhimpunan Agung Umno 2011

Perhimpunan Agung Umno 2011 : Ucapan Najib Tun Razak Penutupan Perhimpunan Agung Umno 2011.

Ucapan Najib Tun Razak Penutupan Perhimpunan Agung Umno 2011.        

Perhimpunan Agung UMNO 2011 diyakini memberi impak yang lebih kepada perwakilan dan ahli-ahli berdasarkan mutu perbahasan lebih baik setakat hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga berharap perbahasan oleh perwakilan dapat memberi iktibar kepada ahli-ahli untuk terus memperkasakan parti.

"Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini berjalan dengan lancar dan tidak banyak masalah yang timbul. Semua berjalan seperti biasa dan tiada perwakilan yang dilaporkan membawa masalah.
"Ada perbahasan yang lebih baik mutunya dari tahun lepas, namun ada juga yang kurang baik mutunya. Saya berharap sesi perbahasan yang dijalankan dapat memberi iktibar kepada parti," katanya.
Perhimpunan Agung Umno 2011, berlangsung selama lima hari bermula dengan perasmian serentak perhimpunan agung tiga sayap Umno iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri pada Selasa.

Perhimpunan agung kali ini dijangka menumpukan kepada pengukuhan jentera pilihan raya parti dalam persediaan parti tunjang pemerintah itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Dijangka amanat yang disampaikan oleh Najib akan sarat dengan nasihat dan ingatan, bukan sahaja kepada para perwakilan malah kepada berjuta-juta anggota Umno.

Sempena perhimpunan agung kali ini juga, satu forum antarabangsa turut diadakan bertajuk "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global".

Sebanyak 65 perwakilan daripada 25 parti politik dari 22 negara menghadiri forum itu, yang berlangsung selama dua hari dari Isnin.

Tags: #2011 #Agung #Najib #perhimpunan #ucapan #UMNO