Peristiwa Pelik Di Sebalik Pemasyuran Yang Dipertuan Agong Ke 15 Tengku Muhammad Faris Petra

Kenali Siapa Tengku Muhammad Faris Petra Yang Dipertuan Agong ke 15

Siapa yang tidak mengenali Tengku Muhammad Faris Petra. Sultan Kelantan yang amat dihormati malah disayangi semua bah semua rakyat Malaysia kerana beliau yang berjiwa rakyat. Sering turun bersama-sama rakyat jelata. Beliau juga adalah Satu-satunya raja dan Sultan di Malaysia yang menukarkan istilah Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar. Dengan harapan yang melafazkannya kita beroleh pahala. amin.

Melihatkan gambar-gambar yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini Sultan Muhammad V adalah sultan yang sangat-sangat berjiwa rakyat. Tidak menunjuk-nunjuk tetapi tingkah laku sahaja sudah melambangkan peribadi mulia baginda walaupun baginda memegang status tertinggi.

Yang terkini Sultan Muhammad yang merupakan Sultan Kelantan akan menjadi Yang Dipertuan Agong seterusnya iaitu yang ke 15 mengantikkan Sultan Abdul Halim untuk 5 tahun berikutnya bermula 13 Disember 2016 ini.

Peristiwa Pelik di Sebalik Pemasyuran Yang Dipertuan Agong ke 15 Tengku Muhammad Faris Petra

1.) YDPA Tidak Bersalaman dengan bukan Mahram.
2.) YDPA berjalan dengan laju dan cepat sehingga mereka yang mengekori baginda terkejar-kejar.
3.) YDPA Di masyur tanpa isteri atau Raja Perempuan Kelantan.
4.) Pengisytiharan pemasyuran Sultan Kelantan Sebagai YDPA di sambut dengan laungan kalimah suci Allahu Akbar.
5.)Segala Perarakan pemasyuran DYMM tidak diiringi perempuan bukan mahram.
6.) YDPA dilihat tidak gemar berjalan di karpet merah.

Tahniah Berita Semasa ucapkan Allahu Akbar, Tuanku.

Biodata Sultan Muhammad V Yang Dipertuan Agong YDPA ke 15

Nama Penuh Baru : Sultan Muhammad V
Nama Asal : Tengku Muhammad Faris Petra
Kedudukan : Sultan Kelantan dan Yang Dipertuan Agong YDPA ke 15
Tarikh Lahir : 6 Oktober 1969
Tempat lahir : Kota Bharu Kelantan
Umur : 47 tahun (Tahun 2016)
Nama Ayahanda : Sultan Ismail Petra
Nama Ibunda : Tengku Anis Tengku Abdul Hamid
Bekas Isteri : Tengku Zubaidah Tengku Norudin (bercerai)
Senarai Adinda :

Tengku Muhammad Faiz Petra
Tengku Muhammad Fakhry Petra
Tengku Amalin A’ishah Putri
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Warganegara : Malaysia

Sekolah Rendah : Sekolah Sultan Ismail I
Sekolah Menengah : Sekolah antarabangsa Alice Smith, Kuala Lumpur
Pengajian Tinggi :Oakham School Rutland, England
St. Cross College, Oxford (Kajian Diplomatik)
Oxford Centre (pengajian Islam)
Hobi :ekspedisi kenderaan pacuan empat roda
kejohanan kuda lasak
sukan memanah
boling
memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja baru-baru ini bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Tuanku juga banyak terlibat dalam bidang sosial dan kebajikan serta berpersatuan termasuk yayasan. Baginda adalah penaung Yayasan Sultan Kelantan (YSK) yang banyak memberi sumbangan kepada anak-anak yatim, fakir miskin, asnaf, orang kurang upaya (OKU) dan bantuan pendidikan.

Baginda adalah seorang Sultan yang mempunyai karisma tersendiri. “Sultan di hati rakyat” merupakan ungkapan paling tepat bagi menzahirkan taat setia rakyat dan sanjungan hormat rakyat kepada Baginda.

Didikan sempurna dalam bidang keagamaan dan rohani telah menjadikan Tuanku cemerlang dalam bidang diceburi dan memastikan pembangunan negeri berjalan dengan sempurna.

Bahkan dalam titah sempena perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-47 baru-baru ini pun baginda menyeru agar Kelantan terus ditadbir dan dibangunkan secara seimbang, makmur selari dengan kemajuan zaman sepanjang peninggalan Tuanku setelah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Rakyat negeri ini sangat bertuah dapat menumpang kasih dan bernaung di bawah Sultan Muhammad V.

Tidak dapat dinafikan baginda memiliki sikap keprihatinan tinggi terhadap rakyat di bawah taklukan Baginda dan terbukti dengan kunjungan serta sumbangannya kepada asnaf, OKU, anak-anak yatim, mangsa bencana dan rakyat daif melalui program yang diatur sepanjang tahun.

Turut membanggakan semua apabila, sebelum ini pernah juga tersebar gambar menunjukkan Baginda tanpa sebarang protokol Istana, berpakaian kasual turun menjenguk dan menyelami masalah rakyat yang terlibat dengan banjir.

Tidak terkecuali juga, baginda tidak melupakan Orang Asli dan turut ke perkampungan tersebut bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk di kawasan pedalaman negeri ini.

Bukan itu sahaja, Tuanku juga menzahirkan idea yang hebat bagi lebih mendekatkan jiwanya dengan rakyat iaitu memperkenalkan Program Walkathon D’Raja pada tahun 2011 yang mana orang ramai dapat berjalan bersama Baginda.

Program berjalan bersama Raja itu juga telah iktiraf Malaysian Book Of Records sebagai penyertaan terbesar Walkathon D’Raja ketika itu dengan penyertaan sebanyak 21,111 peserta sejauh 10 kilometer.

Sementara itu, bagi menyemai spiritual umat Islam di negeri ini, Baginda juga turut memperkenalkan program ‘Qiam With Me’ yang mana rakyat jelata dapat bersama-sama menunaikan solat tarawih, menghidupkan satu pertiga malam dengan solat sunat dan bersahur bersama Tuanku.

Bahkan, idea Baginda yang mahu berjalan malam bersama lebih 21,000 rakyat sempena Program Let’s Go With Me juga mencipta sejarahnya tersendiri yang mana orang ramai tanpa mengira peringkat umur tidak berganjak biarpun hujan.

Selain itu, selaras dengan jiwa keislaman Baginda juga, Tuanku telah berkenan untuk menukar seruan ‘Daulat Tuanku’ kepada ‘Allahhuakbar’ dan ia digunapakai bagi setiap ucapan perayaan mahupun ucapan tahniah rasmi Istana. Subhanallah.

Semoga ALLAH mempermudah dan memberkati Tuanku.
Selamat memimpin negara Tuanku. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. - SH

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V akan diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat mengikut tradisi Kesultanan Melayu yang akan berlangsung di Istana Negara hari ini.

Upacara sambutan di ibu negara dijadual bermula dengan istiadat keberangkatan tiba Sultan Muhammad V, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 pagi.

Keberangkatan tiba Sultan Kelantan, 47, itu akan disambut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas sambutan serta isteri Datin Seri Raya Erom.

Menurut buku atur cara istiadat, rombongan diraja kemudiannya akan berangkat ke Dataran Parlimen bagi acara sambutan rasmi sebelum menuju ke Istana Negara untuk majlis angkat sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan yang akan dihadiri semua Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri serta jemaah menteri.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan hari ini ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-243 (Khas) pada Oktober lepas, dan akan menduduki takhta bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.
Upacara sambutan dan pengisytiharan Seri Paduka Baginda akan disiarkan secara langsung melalui saluran TV1, Radio dan Televisyen Malaysia. - BERNAMA

Gambar kelibat Sultan Muhammad V yang sempat dirakam bersama rakyat :

Incoming search terms:

  • perkara pelik istiadat sultan kelantan
  • Tengku Zubaidah Tengku Norudin

Tags: #Biodata Agong ke 15 #Biodata Sultan Muhammad V #Peristiwa Pelik di Sebalik Pemasyuran Yang Dipertuan Agong #Tengku Muhammad Faris Petra #Yayasan Sultan Kelantan