Perkara Penting Sebelum Memulakan Perniagaan Online

1045 views
Perkara Penting Sebelum Memulakan Perniagaan Online

Sebelum kita memulakan apa-apa perniagaan sila pastikan perniagaan kita itu bersumberkan dari benda atau perkara yang halal. Ingatlah daging yang tumbuh dari sumber haram maka haknya adalah di neraka..  ( makanan api neraka ). Jangan kita memandang remeh akan perkara ini sama sekali.

Memulakan perniagaan online mahupun perniagaan yang lain adalah satu keputusan yang sepatutnya hanya dibuat setelah mendapat pertimbangan yang bukan sekadar sewajarnya bahkan secara mendalam. Ianya wajib diketahui, difahami dan dinilai dengan tepat sebelum keputusan anda untuk melibatkan diri dibuat.

Ini bermaksud, jika anda hanya mula bertanya tentang bagaimana memulakan perniagaan hanya selepas keputusan dibuat, ini bermakna anda telah terlepas satu langkah paling kritikal iaitu proses penilaian sebelum membuat keputusan. Jika anda sedikit keliru, mari kita pergi ke perenggan seterusnya untuk sedikit penjelasan.

Proses penilaian perlu dibuat sebelum keputusan dibuat – Untuk membolehkan proses penilaian dibuat dengan tepat, faktor-faktor penilaian atau apa perkara yang perlu dinilai, ditimbang dan diukur seperti kemampuan dan kekuatan kita mestilah diketahui terlebih dahulu. Jika semua perkara tersebut tidak diketahui, maka apa sebenarnya faktor-faktor yang kita telah pertimbangkan untuk proses penilaian tersebut?

Sesungguhnya, jika hanya faktor peribadi dan keyakinan diri sendiri semata-mata yang boleh jadi hanya andaian semata-mata, memang anda akan membahayakan kehidupan anda dan juga keluarga anda sendiri di dalam masa terdekat. Kenapa?

Ini adalah kerana kebarangkalian untuk anda tumbang di dalam masa terdekat adalah tersangat tinggi bagi mereka yang bertindak berdasarkan proses membuat keputusan sebegitu.

Setiap perniagaan yang dijalankan perlulah diberikan kemudahan dan memudahkan pembeli untuk memiliki barang yang diingini dengan harga yang berpatutan, kerana Allah akan memberikan ganjaran yang sangat besar kepada penjual di akhirat nanti. Setiap perniagaan yang dijalankan janganlah mengharapkan keuntungan dunia semata-mata, kerana dalam masa yang sama kita telah menyusahkan orang lain dan ditakuti ada penipuan dalam perniagaan. Percayalah barang siapa yang menjual barang mengikut syariat Islam nescaya beliau akan memperolehi keuntungan yang sangat besar di dunia dan di akhirat.

4 cara untuk menjana Pendapatan Online Mudah

Terdapat barbagai cara untuk menjana pendapatan secara online. terpulang kepada kita untuk memilih, anda hanya perlu berfikir untuk memilih salah satu yang paling sesuai dengan kemampuan dan kebolehan anda.

Setiap orang boleh memulakan perniagaan online sendiri di rumah menggunakan salah satu daripada 4 cara berikut.

1. Program Affiliate – Ini adalah cara percuma dan mudah untuk memulakan perniagaan online di rumah. Ramai orang memilih untuk memulakan cara ini kerana anda akan diberikan hampir semua yang anda perlukan untuk memulakan. Satu yang menarik adalah ianya tidak memerlukan modal, hanya perlu belajar bagaimana untuk mengiklan perniagaan anda di internet.
2. Jual di eBay – Ramai orang yang telah berjaya melakukannya. Ianya adalah satu cara perniagaan online yang mudah untuk dimulakan.

Anda hanya perlu untuk mencari produk yang hendak dijual, kemudian buat lelongan diebay. Pelajari cara dan kaedah untuk membuat jualan di eBay kerana ianya memerlukan bebrapa teknik dan rahsia yang akan membolehkan anda menjana pendapatan secara online. Anda tidak akan mengetahuinya rahsia dan kaedah untuk menjual jika anda tidak meluangkan masa untuk belajar.

3. Pereka Website – Tahukah anda bagaimana membina website yang berkualiti? Jika jawapan anda ya, maka anda mempunyai potensi untuk memulakan perniagaan online anda sendiri.

Ramai orang yang memerlukan website mereka sendiri untuk memulakan perniagaan online tetapi tidak mempunyai masa atau tidak mahu belajar bagaimana untuk melakukannya sendiri. Jadi mereka bersedia untuk mencari orang yang mahir untuk membina website.

4. Freelance – Melakukan kerja untuk orang lain dengan kebolehan dan kemahiran yang dimiliki seperti menjadi penulis sambilan, menjadi perunding bebas untuk syarikat dan orang perseorangan yang memerlukan khidmat untuk rekacipta logo dan sebaginya.

Ianya hanya beberapa cara untuk menjana pendapatan secara online yang anda boleh lakukan untuk membantu anda memulakan perniagaan online dirumah yang boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa. Terpulang kepada anda kerana semua keperluan diatas telah sedia untuk dipilih. Apa yang diperlukan ialah sanggup untuk belajar dan memiliki komitmen dan kesungguhan untuk melakukannya mengikut kemampuan dan kebolehan diri sendiri.


Tags: #memulakan #online #penting #perkara #perniagaan #sebelum