Perkara Yang Membuatkan Kita Susah Setiap Hari

323 views

Perkara Yang Membuatkan Kita Susah

 Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai PENYEBAB ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara-perkara tersebut.

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubungkait dengan kesusahan seseorang.

01. TIDAK sembahyang atau SOLAT
02. TIDAK membaca Bismillah ketika hendak makan.
03. Makan atas pinggan yang terbalik.
04. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
05. Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
06. Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil
07. Suka bersandar pada pintu rumah.
08. Suka duduk di atas tangga.
09. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. TIDAK membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur TIDAK memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yg TIDAK baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan TIDAK menutup makanan yg dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dgn mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

LIMA PERKARA YG MESTI DISEGERAKAN.

Dari Hatim Al-Asom :

"Terburu-Buru Itu Termasuk Sifat Syaitan, Kecuali Pada (5)Lima Tempat".

Maka ia termasuk sunnah Rasulullah SAW iaitu:

1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.

2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.

3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.

4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.

5) Bertaubat dari dosa! , bila ia telah melakukannya.

LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI.

"Ambil olehmu Lima perkara kemudian kamu amalkan :

1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.

2) Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.

3) Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.

4) Persiapkanlah bekal di dunia untuk selama kamu tinggal di dalam kubur.

5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yg kamu inginkan utk tinggal di dalamnya."

HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA.

Dari Sufyan Sauri :

"Tiada berkumpul harta disisi seseorg pada zaman ini, melainkan timbul di dalam dirinya lima perkara iaitu:

1) Panjang Angan-Angan.
2) Sentiasa Tamak.
3) Sangat Kedekut.
4) Berkurang Waraknya.
5) Lupa Kepada Akhirat.

Renung-renungkanlah...

Tags: #Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsy #Dari Hatim Al-Asom #kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah