Permohonan Kemasukan Pelajar Tahun 1 Sesi 2016 & 2017 Aplikasi Atas Talian Secara Online

Posted on

#Permohonan Kemasukan Pelajar Tahun 1 Sesi 2016 & 2017 aplikasi atas talian Secara Online

Permohonan melalui aplikasi atas talian (on-line) oleh ibu/bapa penjaga dan pihak sekolah mulai 1 Mac 2015 – 30 April 2015 untuk Tahun 1/2016. Permohonan Tahun 1/2017 masih boleh dipohon sehingga Tahun 2016.

Ibu bapa/ Penjaga boleh membuat semakan kronologi dan status  Permohonan secara online melalui modul semakan status permohonan.

Borang pendaftaran murid tahun 1 negeri Selangor sesi 2016/ 2017 secara online. Ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2009 dan 2010 boleh membuat pendaftaran dengan online.

Takwim Proses Permohonan Online Negeri Selangor Pelajar Tahun 1 Sesi 2016 & 2017  adalah seperti berikut:

tahun 1 online

#Pendaftaran Murid Tahun 1 Negeri Selangor 2016/ 2017 Online

#Pengenalan dan Tatacara Permohonan Kemasukan Pelajar Tahun 1 – 2016 & 2017

Sila ke Laman Web ini untuk pendaftaran –  https://esppsel.moe.gov.my/

1.0 Tatacara permohonan Murid Tahun 1 secara Online

1.

Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah. Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2015 hingga 30 April 2015 melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pendidikan Selangor http://apps.moe.gov.my/esppsel Selepas tarikh tersebut permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada implikasi dan akibat daripadanya.
2.

Ibu bapa atau Penjaga yang anaknya memenuhi syarat-syarat pendftaran tahun satu boleh membuat permohonan secara online. Sila baca Tatacara dan Panduan Permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul. Kesilapan mengisi no mykid dan tarikh kelahiran dan lain-lain maklumat yang diperlukan akan mengakibatkan permohonan gagal atau ditolak.

3.

Setelah melengkapkan permohonan secara atas talian, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak maklumat permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah

4.

Mulakan proses permohonan melalui/klik menu PERMOHONAN ONLINE. Pemohon perlu mengesahkan dahulu pilihan kewarganegaraan dan memilih Status Tempat Kelahiran (Dalam Negara atau Luar Negara) Pilihan di Daerah sekolah berada, Jenis Sekolah Dipohon serta pengesahan status Orang Kelainan Upaya (OKU) atau murid berkeperluan khas. Semakan nama sekolah dan di daerah mana sekolah dipohon berada, boleh dirujuk dengan memuat-turun nama sekolah mengikut senarai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang dipilih. Sila hubungi meja bantuan jabatan kami jika masih menghadapi masalah.

5.

Sila masukkan data Maklumat Pemohon dengan teliti terutama ketika mendaftarkan nombor MyKid. Masukkan Tarikh Lahir dengan cermat mengikut urutan hari/bulan/tahun dengan merujuk dokumen kelahiran yang sebenar. Lengkapkan semua ruang maklumat lain yang diperlukan/berkaitan sehingga selesai. Sila semak semua maklumat yang dimasukkan dengan teliti sebelum menekan butang Hantar. Lengkapkan modul pemilihan sekolah dan modul berikutnya sehingga selesai dan laksanakan cetakan borang.

6.

Sistem akan menggunakan no Mykid/Borang W sebagai pengenalan diri -Id pengguna untuk membuat semakan. Sila dapatkan dan simpan No Pin dari cetakan borang yang telah lengkap. No Pin diperlukan bagi tujuan Kemaskini Profil/Permohonan dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan.

7.

Pemohon hanya perlu menghantar satu (1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan pindaan/ kemaskini maklumat untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat pindaan seterusnya.

8.

Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan atas talian eSPPSEL pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.

9.

Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

10.

Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon atau menghubungi meja bantuan eSPPSel melalui telefon atau email jabatan kami. Sila kemukakan no Mykid/Borang W dan nama anak ketika membuat urusan tersebut.

datar darjah 1

Daftar darjah 1-2

One thought on “Permohonan Kemasukan Pelajar Tahun 1 Sesi 2016 & 2017 Aplikasi Atas Talian Secara Online

  1. SALAM SEJAHTERA
    SAYA INGIN BERTANYA DAN INGIN MEMOHON BANTUAN EKASIH UNTUK ANAK SAYA TAHUN SATU 2016.
    SAYA SEORANG IBU TUNGGAL MEMPUNYAI 3 ORANG ANAK DAN BEKERJA SENDIRI.
    BERASAL DARI BALING KEDAH,, MOHON AGAR DBERI BANTUAN EKASIH KEPADA ANAK SAYA

Comments are closed.